Aizat Amdan kongsi pentas dengan Padi Reborn - Berita Hiburan | mStar

Aizat Amdan kongsi pentas dengan Padi Reborn

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2018 6:30 AM

Aizat Amdan bakal berduet dengan Padi Reborn menerusi konsert kumpulan itu yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Jun ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Aizat Amdan yang kini popular dengan lagu Sampai Ke Hari Tua akan muncul sebagai penyanyi undangan menerusi konsert ulung Padi Reborn Exclusive Live in KL.

Bukan sahaja sekadar penyanyi undangan, Aizat, 27, akan berduet dengan Padi Reborn dan menyifatkan ia sebagai penghargaan buat dirinya.

"Saya merupakan salah seorang peminat lagu-lagu Padi, dan peluang diberikan adalah satu penghargaan buat saya.

"Bagaimanapun lagu yang bakal kami persembahkan adalah rahsia dan semua kena hadir pada konsert itu nanti," katanya.

Padi Reborn bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 30 Jun ini.

Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dianjurkan oleh Qew Communications Sdn Bhd bakal berlangsung pada 30 Jun ini bermula 8 malam di KL Live Centre, Kuala Lumpur.

Selain Aizat, kumpulan Pitahati dan pemuzik cilik iaitu pemain drum, Amira Syahira turut dijemput sebagai artis undangan pada konsert itu nanti.

Amira merupakan salah seorang pemain drum yang kini mendapat perhatian khalayak kerana kebolehannya akan menunjukkan kehebatannya di malam itu nanti apabila bergabung dengan Yoyo Prasetyo yang merupakan antara pemain drum terbaik Nusantara dari Padi Reborn.

Dalam pada itu, berita baik buat peminat Padi Reborn yang belum mendapatkan tiket konsert ini. Pihak buytickets.com.my dengan berbesar hati menawarkan harga promosi untuk para peminat Padi Reborn.

Amira Syahira. 

Harga tiket platinum dijual pada harga RM169 manakala tiket Meet and Greet boleh didapati pada harga RM275. Manakala mereka yang membeli dua tiket platinum akan diberi harga promosi RM299 untuk sepasang tiket.

Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini pula boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza) untuk mendapat tiket pelajar pada harga RM130 dibawah program tanggungjawap sosial korporat (CSR).

Malahan bagi tujuan promosi dan memeriahkan lagi suasana menunggu ketibaan hari konsert, pihak penganjur mendapat sokongan kumpulan-kumpulan tempatan yang muncul dalam acara SUNDAZE PRE PARTY OF PADI REBORN EXCLUSIVE LIVE IN KL.

Acara yang akan diadakan pada 24 Jun ini di The Bee Publika bermula 3 petang ini akan menyaksikan persembahan oleh kumpulan seperti SOG, Margosa, Kapow, Oceanlights dan Pesawat.

Tags / Kata Kunci: Padi Reborn , Aizat Amdan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan