“Macam mereka pula yang bercerai” - Nazim Othman - Berita Hiburan | mStar

“Macam mereka pula yang bercerai” - Nazim Othman

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2018 6:40 AM

Nazim Othman mendedahkan dia ada menerima mesej berbaur cercaan terhadapnya seolah-olah netizen lebih mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupannya. Foto Instagram @nazimothman

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN sudah bercerai dengan aktres Bella Dally sejak 2 Mei lalu, nama Nazim Othman sentiasa menjadi sasaran netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan kehidupannya.

Nazim, 34, menerusi Instastory turut mendedahkan dia ada menerima mesej berbaur cercaan terhadapnya seolah-olah netizen lebih mengetahui apa yang berlaku.

"Tadi ada orang DM I, kemain mesej dia mencerca I. Padahal I kenal dia pun tak. Dia pun tak pernah jumpa I. Jangan jadi orang macam ni tau," tulisnya.

Status berkenaan turut mendapat perhatian pengikutnya yang meminta pelakon drama bersiri Mona Lisa itu bersabar dan tidak melayan 'makcik bawang'.

Nazim menerima kata-kata positif daripada peminatnya. 

Nazim turut berkongsi mesej positif diterima daripada peminatnya di ruang InstaStory dan memberitahu dia fokus terhadap kebahagian dirinya dan orang lain tidak berhak menilai apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya

"Haruslah I fokus dengan kebahagian I, selama ini pun I bekerja keras. Bukan duduk saja-saja terus senang.

"Orang tak tahu apa-apa sibuk nak membawang manakala hidup sendiri ke laut dalam," tulisnya.

Nazim dan Bella bercerai pada 2 Mei lalu.

Sementara itu, menerusi mesej peribadi dihantar peminatnya memberitahu dia memahami apa yang dilalui pelakon itu memandangkan dia juga pernah bercerai dan yakin Nazim dapat mengharungi fasa tersebut.

Nazim dalam balasannya kepada komen itu bersetuju dengan pandangan diberikan selain turut meminta netizen menjaga keluarga masing-masing.

"Kan! Macam diaorang pulak yang bercerai. Baik diaorang jaga famili sendiri. We never know what will happen," tulis Nazim.

Tambah Nazim, dia tidak bersedih menjadi sasaran netizen yang sering menghentamnya namun kesal dengan sikap segelintir yang suba menyibuk hal orang lain.

Nazim tidak faham dengan sikap menyibuk sesetengah pihak.

"Manusia ni ramai sibuk nak melaran fizkal masing-masing, tapi hati ya ampun hanya tuhan yang tahu betapa penuh kehinaan.

"I tak sedih cuma tak paham dengan manusia yangs uka menyibuk hal orang," katanya.

Nazim atau Nushrul Alif Othman berkahwin dengan Bella pada 10 September 2016.

Bagaimanapun Nazim tidak mendedahkan punca perceraian namun menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kekhilafan mereka sebagai manusia biasa.

Tags / Kata Kunci: Nazim Othman , Bella Dally
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan