“Rasa nak kongsi nama dan gambar 'anu' dia sekali…” - Farahdhiya - Berita Hiburan | mStar

“Rasa nak kongsi nama dan gambar 'anu' dia sekali…” - Farahdhiya

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2018 6:50 AM

Farahdhiya mendedahkan masih ada segelintir pengikut lelaki Instagramnya yang menghantar gambar lucah kepadanya. Foto Instagram @farahdhiya_fd

(Ubah saiz teks)

PENDEDAHAN pelakon dan penyanyi Farahdhiya yang pernah menerima gambar lucah remaja lelaki di bawah umur sebelum ini nampaknya masih belum berkesudahan.

Ini kerana dedahnya, sehingga kini dia banyak menerima gambar kemaluan lelaki yang dihantar oleh pengikut Instagram yang dihantar menerusi mesej peribadi (DM).

"Jujurnya dah banyak kali terima gambar kemaluan lelaki yang dihantar melalui DM, I'm getting sick of it!," tulisnya di InstaStory.

Luah penyanyi berusia 34 tahun itu, dia mula berasa jelek dengan perbuatan memalukan itu sehingga merasakan ingin mendedahkan profil penghantar gambar kemaluan kepada umum sebagai pengajaran.

Pendedahan Farahdhiya di Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: Farahdhiya Terima Foto Lucah Budak 16 Tahun

Malah Farahdhiya turut bertanya kepada pengikutnya sama ada dia patut mendedahkan atau pun tidak perbuatan terkutuk itu.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 82 peratus bersetuju Farahdhiya mendedahkan identiti pemilik profil yang menghantar gambar lucah kepadanya.

"I rasa I nak kongsi nama orang tu dan gambar 'anu' dia sekali, biar satu Malaysia tengok.

"Nak sangat tunjukkan? Should I?," tulisnya lagi.

Ini bukan kali pertama dia menerima gangguan berbentuk seksual seperti itu malah pernah menyekat ramai pengikutnya daripada terus menggangunya.

Tags / Kata Kunci: Farahdhiya
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan