Hafreez Adam dah jumpa ibu dan kakak Zara Zya - Berita Hiburan | mStar

Hafreez Adam dah jumpa ibu dan kakak Zara Zya

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2018 6:30 AM

Zara lebih terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya kerana ingin bersikap jujur.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Zara Zya memberitahu kekasihnya, pelakon Hafreez Adam sudah bertemu dengan ibu dan kakaknya namun belum berkesempatan berjumpa dengan bapanya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 33, berkata dia tidak berani berkata lebih mengenai hubungan mereka dan hanya berserah kepada Hafreez.

"Keluarga saya tiada masalah dengan hubungan kami. Dia pun dah pernah jumpa ibu dan kakak saya.

"Cuma dia belum ada masa yang sesuai untuk berjumpa dengan ayah saya. Buat masa sekarang saya ikut sahaja.

Zara dan Hafreez mula rapat sejak tahun lalu.

"Tak berani nak kata apa-apa sebab orang sentiasa menunggu. Apa-apa pun semuanya terserah pada dia," kata Zara kepada mStar Online.

Menurut Zara lagi, dia dan Hafreez terbuka berkongsi mengenai hubungan mereka kerana ingin bersikap jujur tanpa berselindung.

"Saya tak ada masa nak sorok-sorok. Ramai yang tanya kenapa saya dan Hafreez lebih terbuka. Kalau ikutkan saya memang jenis jujur kalau ada apa-apa saya mesti kongsi.

"Sebab kalau terkantoi, saya tak pandai nak sorok. Saya rasa ada saja pasangan selebriti yang terbuka bercerita mengenai hubungan mereka cuma tak dapat perhatian.

Zara Zya.

"Mungkin kami yang bertuah kerana orang sentiasa nak ambil tahu," ujarnya.

Dalam pada itu, pasangan gandingan menerusi drama Mona Lisa ini tidak ada perancangan untuk menyambut hari raya bersama.

Namun sekiranya mereka berdua mempunyai masa terluang, mungkin akan datang beraya di rumah masing-masing. 

"Saya dan dia tak ada rancang nak beraya sama pun tapi kalau dia nak datang raya rumah saya atau saya nak datang rumah dia, boleh saja," katanya yang hanya menyambut hari raya di Perak.

Zara dan pelakon drama bersiri Gantung itu mula rapat di set penggambaran drama Mona Lisa sejak tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Zara Zya , Hafreez Adam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan