Hebat Janna Nick... beraya sambil tonton Piala Dunia di Rusia - Berita Hiburan | mStar

Hebat Janna Nick... beraya sambil tonton Piala Dunia di Rusia

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 6:30 AM

Janna akan pulang ke Malaysia pada Isnin ini. Foto: LOW LAY PHON.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Janna Nick tidak mahu melepaskan peluang sekali seumur hidupnya untuk beraya di Rusia bagi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, berkata adiknya turut serta beraya bersamanya di sana dan mereka akan pulang ke Malaysia pada hari raya keempat.

"Saya berangkat ke Rusia pada Isnin dan dapatlah rasa pengalaman berpuasa di sana. Saya akan balik Malaysia pada hari raya keempat.

"Adik saya pun ada ikut sekali ke Rusia ini. Peluang ini pula sekali seumur hidup. Bukan semua orang dapat.

"Jadi, apabila semuanya ditaja, takkan la saya nak tolak dan tak pergi?" kata Janna ketika ditejui sebelum dia berangkat ke negara itu.

Janna menyambut hari raya di Rusia.

Kata pengacara program Melodi ini, sekiranya tempatnya boleh diubah pasti ramai lagi peminat bola sepak yang sanggup beraya di luar negara.

"Kalau tempat saya ni boleh ditukarkan dengan orang lain, mesti ada berpuluh ribu orang yang nak duduk di tempat saya.

"Ada ramai orang yang nak tengok FIFA World Cup ini secara langsung. Raya atau tidak, mereka sanggup," ujarnya.

Piala Dunia, yang digelar sebagai acara pertunjukan terbesar di dunia, akan bermula pada Khamis dan Rusia menjadi tuan rumah.

Tambah Janna, dia lebih gemar menonton perlawanan bola sepak secara langsung kerana waktu kerjanya tidak sesuai untuk menonton di televisyen.

Alvin dan Janna terbang ke Rusia pada Isnin.

"Saya memang minat bola tapi tak suka tengok di televisyen. Lebih suka dan seronok kalau dapat tengok secara langsung.

"Lagipun, kerja saya tak sesuai untuk tunggu pukul 2 atau 3 pagi nak tengok bola. Sebab tu saya suka ke stadium. Semangat pun rasa berbeza," katanya.

Dalam pada itu, selain Janna dan adiknya, pelakon Alvin Chong dan peminat yang memenangi pertandingan anjuran telefon bimbit jenama Vivo turut ke Rusia.

Malah, mereka juga ada merancang untuk memakai baju raya ketika menonton perlawanan tersebut di stadium.

"Ada peminat yang memang pertandingan telefon bimbit jenama Vivo turut serta dan Alvin Chong pun ada sekali.

"Kami pun dah rancang nak pakai baju raya sama-sama untuk ambil gambar di stadium sana," katanya.

Tags / Kata Kunci: Janna Nick , Alvin Chong
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan