Ara Johari... Seminggu tak balik raya - Berita Hiburan | mStar

Ara Johari... Seminggu tak balik raya

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 6:00 AM

Ara kongsi pengalaman hari raya yang tidak dapat dilupakan. Foto: LOW LAY PHON.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI ARA Johari berkongsi pengalaman tidak dapat menyambut hari raya Aidilfitri selama hampir seminggu.

Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 21, berkata kejadiannya tersebut berlaku pada 3 tahun lalu ketika dia bekerja di sebuah butik pakaian.

"Ada banyak kenangan yang saya tak dapat lupakan. Tapi paling sedih tak dapat balik beraya disebabkan kerja.

"Raya ketujuh baru saya balik kampung. Walaupun dah tak ada rasa suasana raya tapi balik juga. Kerja di butik pakaian ini memang susah nak ambil cuti.

"Memang sedih tak dapat nak berkumpul tapi saya reda sahaja. Tapi pengalaman ni ketika saya belum jadi artis dalam tiga tahun lalu," kata Ara kepada mStar Online.

Kata Ara, seperti tahun sebelum ini dia menyambut hari raya bersama keluarga di kampung halaman yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ara lebih utamakan baju raya adik beradik.

Menurut penyanyi lagu Bunga ini, dia hanya mempunyai tiga pasang baju kerana lebih mengutamakan adik beradik yang lain.

"Sama juga seperti tahun-tahun sebelum, saya beraya di kampung yang terletak di Kuala Pilah. Baju raya saya hanya tiga pasang sahaja.

"Sebab saya tak berapa suka sangat pakai baju raya. Saya lebih utamakan baju raya untuk adik beradik yang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Ara akan memngadakan rumah terbuka untuk keluarga di kampung dan peminatnya di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Insya-Allah untuk rumah terbuka keluarga buat di kampung saja. Manakala untuk peminat, saya akan adakan tidak lama lagi.

"Saya akan adakan rumah terbuka bersama peminat di Kuala Lumpur," kata Ara gemar makan rendang dan lemang di pagi raya.

Tags / Kata Kunci: Ara Johari
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan