Memandu sendiri lebih ‘best’ balik Singapura - Aaron Aziz - Berita Hiburan | mStar

Memandu sendiri lebih ‘best’ balik Singapura - Aaron Aziz

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 6:15 AM

Aaron Aziz bercuti selama seminggu di Singapura bersempena Hari Raya Aidilfitri.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datuk Aaron Aziz memberitahu dia memandu dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Singapura bagi meraikan Aidilfitri yang disambut umat Islam pada Jumaat.

Aaron berkata, dia memilih untuk memandu berbanding menaiki pesawat kerana ingin merasai keseronokan perjalanan pulang ke kampung selain mewujudkan memori kepada tiga anaknya.

"Boleh sahaja kalau naik pesawat dan lebih menjimatkan masa tetapi feel tu tiada.

"Kalau memandu perjalanan itu lebih seronok dan dapat memberi memori kepada anak-anak tentang pengalaman pulang ke kampung sambil mendengar lagu raya," katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Diyana Halik, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 13, Dwi Ariana, 11, dan Dahlia Arissa, 7.

Aaron bersama isteri dan anak-anak. 

Aaron juga memberitahu dia juga memilih memandu ke Singapura kerana memudahkan mereka sekeluarga bergerak memandangkan mereka bercuti selama seminggu.

"Kami akan bercuti selama seminggu dan peluang ini akan kami ambil sebaik-baiknya untuk menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai kerana ini sahaja masa dapat berkumpul.

"Lebih mudah kalau bawa kereta memandangkan kami tiada kenderaan di Singapura jadi mudah sikit bergerak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aaron berkata, selepas bercuti dia akan kembali sibuk di lokasi penggambaran filem JB Pailang arahan Raja Mukhriz.

Tags / Kata Kunci: Aaron Aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan