Nabila Razali simpan hasrat rakam lagu raya - Berita Hiburan | mStar

Nabila Razali simpan hasrat rakam lagu raya

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 9:25 AM

Nabila Razali menyimpan hasrat merakamkan lagu raya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Nabila Razali memberitahu dia menyimpan hasrat untuk mempunyai sebuah lagu sempena Hari Raya Aidilfitri seperti rakan-rakan artis lain.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Razali, 26, berharap impian tersebut dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

"Semua penyanyi teringin nak ada lagu raya sendiri, tahun ini jadual saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama di Turki dan saya tidak sempat nak fikir tentang lagu raya.

"Insya-Allah kalau diberi peluang tahun depan saya nak juga rakam sebuah lagu raya," ujarnya kepada mStar Online.

Nabila bersama peminat-peminatnya.

Nabila ditemui pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan kelab peminatnya Nabaela FC di Cyberjaya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk rakan artis dan ahli keluarga.

Penyanyi lagu Pematah Hati ini berkata, dia lebih menyukai lagu-lagu raya yang ceria seperti Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina.

"Saya suka lagu-lagu yang gembira seperti Suasana Hari Raya, ini kerana lagu-lagu sedih kebanyakkannya untuk perantauan.

"Saya tidak dapat perasaan perantau itu kerana saya masih tinggal bersama keluarga dan beraya di sini sahaja," ujarnya.

Nabila bersama ahli keluarganya.

Dalam pada itu, bercerita tentang jadual kerja, Nabila yang baharu pulang dari Izmer, Turki itu berkata bakal bekerja sehingga hari raya pertama.

"Alhamdulillah saya balik dari Turki pada 2 Jun lalu dan jadual penuh sampai hari raya pertama, Insyallah mula balik ke kampung belah ayah di Kuala Selangor dan Melaka pada dua hari raya.

"Dapat cuti beberapa hari sebelum sambung semula penggambaran Cintaku Di Bumi Izmer," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Nabila Razali
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan