“Apa benda adik sebut tu?” - Adibah Noor tegur Haqiem Rusli - Berita Hiburan | mStar

“Apa benda adik sebut tu?” - Adibah Noor tegur Haqiem Rusli

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 9:20 AM

Adibah Noor tegur nyanyian Haqiem Rusli.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Adibah Noor menerusi laman sosial Twitter menegur lagu Jatuh Bangun yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli.

Adibah berkata, bahagian lirik bahasa Inggeris dalam lagu berkenaan tidak jelas ketika dinyanyikan penyanyi berkenaan.

"Dear adik Haqiem Rosli. Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu. Beat catchy, suara pun sedap sesuai untuk cita rasa muzik terkini.

"Cuma part English tu... apekemendenyelaaaaaaa yang adik sebut tu?" soalnya.

Bagaimanapun, Adibah memuji secara keseluruhan suara dan melodi lagu tersebut sedap didengar dan mengikut cita rasa muzik terkini.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut laman sosial turut bersetuju pendapat Adibah yang tidak memahami lirik lagu berkenaan kerana dinyanyikan dengan laju.

Teguran Adibah terhadap Haqiem di laman Twitter.

Sementara itu, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu membalas dan berterima kasih terhadap pendapat yang diberikan oleh Adibah.

Dia juga memberi lirik sebenar yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.

"Ok terharu, terima kasih, aunty... Gini liriknya.

"Coz all I want is time, to know ur (your) mind, and I want u to know that i'm fine," tulisnya.

Dalam pada itu, Adibah berkata dia sebenarnya tahu lirik berkenaan, namun berharap penyanyi itu mendapatkan bantuan dalam menyebut perkataan bahasa Inggeris itu dengan baik.

"Ya. Aunty tau itu liriknya. Masalah Haqiem menyebutnya itu. Lain kali mintak ada orang guide k," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Adibah Noor , Haqiem Rusli
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan