Tiada apa perlu disedihkan - Adam Shahz - Berita Hiburan | mStar

Tiada apa perlu disedihkan - Adam Shahz

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 9:28 AM

Adam akan menyambut hari raya Aidilfitri di Melaka. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PELAKON Adam Shahz memberitahu dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa sedih menyambut kedatangan Syawal tahun ini walaupun tanpa kehadiran isteri di sisi.

Kata Adam, sebagai umat Islam kedatangan hari raya itu perlu diraikan dengan gembira tambahan pula anaknya, Ivy Herra Sophia, 3 ada bersamanya.

"Alhamdulillah kehidupan saya lebih baik dan teratur selepas bercerai... nak kata keseorangan raya ini jawapan saya tidak.

"Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan.

Adam dan anaknya, Ivy Herra Sophia.

"Insya-Allah kami dua beranak akan pulang ke kampung saya di Melaka dan semua persiapan pun sudah dilakukan," katanya.

Adam sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, Adam berkata, walaupun bergelar bapa tunggal dia tidak pernah berasa kekok untuk menguruskan anak perempuannya selain menyediakan keperluannya untuk hari raya.

Sebaliknya kata Adam, sebelum ini pun telah menjadi tugasnya untuk menyediakan semua kelengkapan dan keperluan mereka sekeluarga.

Adam belum bersedia mencari pengganti.

"Saya tak pernah rasa kekok bergelar bapa tunggal kerana sebelum ini pun saya memang sudah terbiasa uruskan semua benda dalam rumah tangga.

"Ada hikmahnya saya buat semua benda sebelum ini kerana sekarang saya tidak berasa kekok malah rasa seronok dapat buat semua sendiri untuk anak," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Adam berkata, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti selepas rumah tangganya berkecai tahun lalu.

Katanya, buat masa ini dia lebih senang bersendirian dan memberi tumpuan kepada anak perempuannya selain karier seninya yang sedang meningkat.

Tags / Kata Kunci: Adam Shahz
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan