Sambut raya bertiga, Achey ambil anak angkat - Berita Hiburan | mStar

Sambut raya bertiga, Achey ambil anak angkat

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 12:06 PM

Rezeki Achey dan isteri terima bayi perempuan di bulan Ramadan. Foto Instagram: @tiara_zinnirahofficial.

(Ubah saiz teks)

PENANTIAN lapan tahun pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, menerusi Instagram menyifatkan kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata.

"Assalamualaikum. Bismillah... Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

"Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu," kata Achey menerusi laman Instagramnya.

Achey turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu di laman Instagram dan mendapat perhatian pengikutnya.

Achey dan isteri menerima kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

Kata Achey, Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Achey menjelaskan punca isterinya jarang bersamanya sejak awal Ramadan akhirnya terjawab kerana Nor Hasanah berada di kampung bagi menjaga bayi mereka.

Kata anggota kumpulan Bocey ini, ramai menyangka isterinya berada di kampung selama sebulan disebabkan berselisih faham dengannya.

"Selama hampir sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang.

Bayi perempuan Achey dan isteri yang diberi nama Tiara Zinnirah.

"Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas saya dan isteri sangat gembira tak terkata," ujarnya.

Sementara itu, Achey berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan keluarga dan menerima kehadiran anak sulungnya itu.

"Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial.

"Semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya... RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAY!!!" katanya.

Tags / Kata Kunci: Achey Bocey
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan