Mana duit raya anak, tanya Elly Mazlein - Berita Hiburan | mStar

Mana duit raya anak, tanya Elly Mazlein

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 4:39 PM

Elly minta Azmi beri wang perbelanjaan untuk persiapan raya anak mereka.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Elly Mazlein menuntut wang perbelajaan untuk persiapan hari raya anak mereka daripada bekas suaminya, Azmi Hatta.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, memuat naik status pertanyaan yang ditujukan kepada Azmi di laman Instagramnya.

"Azmi Hata, dekat nak raya ni. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Benarkah bekas suami mahu penjarakan Elly Mazlein?


Elly memuat naik pertanyaan yang ditujukan kepada Azmi di laman Instagramnya.

"Takkan persiapan raya pun tak nak bagi," kata Elly.

Kata Elly lagi, suami kepada aktres Faye Kusairi itu kini mempunyai syarikat produksi sendiri namun kononnya masih mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka.

Pelakon dramaTeratai Kemboja ini turut mengingatkan Azmi supaya jangan bersikap kedekut dengan darah daging sendiri.

"Dah buka production house, mewah sekarang tapi tanggungjawab pada anak pula diabaikan.

Elly dan anaknya, Sefhia.

"Sempit rezeki kalau berkira dengan darah daging sendiri," ujarnya.

Bagaimanapun, usaha mStar Online menghubungi Azmi untuk mendapatkan kenyataan tidak berjaya.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016.

Azmi dan isterinya, Faye baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 12 April lalu.

Elly mendakwa sehingga kini Azmi kononnya masih tidak menjalankan tanggujawab membayar nafkah anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Pada 21 Mei lalu, Elly meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka.

Dia turut mendedahkan pengarah drama itu kononnya masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai.

Tags / Kata Kunci: Elly Mazlein , Azmi Hatta , Faye Kusairi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan