Mia Ahmad kongsi tip hamil selepas sebulan keguguran - Berita Hiburan | mStar

Mia Ahmad kongsi tip hamil selepas sebulan keguguran

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2018 5:00 AM

Mia Ahmad kini hamil enam bulan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Mia Ahmad mendedahkan bahawa dia hamil semula selepas sebulan mengalami keguguran kandungan pertamanya akhir tahun lalu.

Mia atau Shamiha Ahmad Baderi menerusi Instagram memberitahu dia menjaga pantang selepas keguguran tersebut.

“Saya banyak terima soalan ini, saya hamil sebulan selepas keguguran. Tip saya ialah kena jaga pantang betul-betul kepada yang pernah mengalami keguguran.

“Mengetahui tahap kesuburan, ambil vitamin serta makan makanan yang berkhasiat,” ujarnya.

Mia dan Izham bakal menimang cahaya mata.

Pelakon Hati Perempuan ini berkongsi tip berkenaan kepada pengikut laman sosial yang bertanya tentang kandungannya selapas dia keguguran.

Bagaimanapun, Mia berkata, perkara paling utama ialah berdoa kepada Allah supaya diberikan rezeki cahaya mata itu.

Dia turut meminta peminat-peminatnya untuk mendoakan agar dipermudahkan menjalani proses bersalin tidak lama lagi.

“Saya minta anda semua doakan proses bersalin saya berjalan lancar. Saya doakan anda juga dapat rezeki daripada Allah,” ujarnya.

Mia berkahwin dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Tags / Kata Kunci: Mia Ahmad , Izham Tarmizi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan