Hazami curi masa rebut ganjaran Ramadan - Berita Hiburan | mStar

Hazami curi masa rebut ganjaran Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2018 5:47 AM

Hazami cuba perlahan aktiviti seni di bulan puasa namun terpaksa dilupakan atas tuntutan kerja.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazami tetap berusaha mencari waktu terluang untuk merebut ganjaran bulan Ramadan biarpun jadualnya padat.

Hazami atau Norkamal Hazami Ahmad, 43, berkata dia seboleh-bolehnya mahu memperlahankan aktiviti seni namun terpaksa memenuhi jadual yang telah ditetapkan.

"Bulan Ramadan datang setahun sekali, saya pun dah masuk 43 tahun. Memang kalau boleh bulan ni saya nak perlahankan aktiviti seni.

"Tapi nak buat macam mana, ada sahaja rezeki untuk membuat persembahan dan menghadiri majlis berbuka puasa yang tidak dapat dielakkan.

"Biarpun begitu, saya akan tetap mencari masa terluang untuk merebut ganjaran di bulan puasa ini," kata Hazami kepada mStar Online.


Hazami tetap cari masa untuk merebut ganjaran berpuasa.

Hazami ditemui ketika majlis berbuka puasa dan jom santai bersama syarikat rakaman Life Records Malaysia di Hotel Royal, di sini baru-baru ini.

Bercerita mengenai album kelapan Hazami memberitahu dia sudah menyiapkan album tersebut namun lagu-lagunya ditukar semula disebabkan aliran muzik berubah dengan cepat.

"Sebenarnya album kelapan saya itu dah siap tapi bila asyik tangguh saja, saya tukar nak lagu lain pula.

Hazami.

"Saya buang lagu lama, buat lapan lagu baharu. Saya ada masalah nak rasa puas dengan sesuatu.

"Mungkin sebab aliran muzik cepat berubah dan bila saya dengar lagu sendiri rasa tak sesuai pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Hazami juga ada mencipta lagu berjudul Nafas yang dinyanyikan oleh penyanyi baharu Sahimi Ibrahim.

Kata Hazami, lagu tersebut didedikasikan untuk Allahyarham ibu kepada penyanyi itu pada tahun lalu.

"Lagu Nafas tu memang saya cipta untuk arwah ibu Sahimi yang meninggal dunia pada tahun lalu.

"Saya ambil masa tiga minggu sahaja untuk siapkan lagu ini. Alhamdulillah, sebelum arwah meningga dunia dia ada mendengar dan menyukai lagu itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hazami
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan