Maaf peminat... Amira Othman muntah tanpa henti - Berita Hiburan | mStar

Maaf peminat... Amira Othman muntah tanpa henti

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2018 6:19 AM

Amira berasa serba salah terpaksa mengecewakan peminatnya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Amira Othman terpaksa mengecewakan peminat yang hadir untuk bertemunya di Festival Mood Republik di Kuantan pada Ahad lalu.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 25, berkata dia mengalami muntah yang teruk tanpa henti sepanjang malam menyebabkan badannya lemah.

"Serba salah saya apabila ada peminat yang dah hadir untuk berjumpa dan mahu bergambar dengan saya.

"Tapi saya tak dapat nak datang. Badan terlalu lemah sebab saya muntah tak berhenti dari pukul 3 pagi sampai waktu subuh.

"Ini adalah kali pertama saya terpaksa tinggalkan kerja," kata Amira ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Amira menjelaskan keadaannya menerusi laman Instagram.

Amira diminta mengulas mengenai foto dia terlantar sakit yang dimuat naik di Instagramnya pada Ahad.

Tambah Amira lagi, pada awalnya dia hanya pergi ke klinik dan mengambil ubat doktor namun keadaannya masih sama.

Sehinggalah Amira terpaksa dibawa ke unit kecemasan dan mengambil suntikan ubat menahan muntah.

"Sebelum itu saya ada pergi klinik biasa dan ambil ubat doktor sahaja. Tapi selepas makan ubat, saya tetap juga muntah.

"Ubat tu tak jalan juga. Keadaan pun semakin teruk, tu yang terus ke bilik kecemasan.

Amira terpaksa meninggalkan kerja buat pertama kali.

"Doktor bagi suntikan ubat untuk tahan daripada muntah sebab semua benda yang masuk perut mesti keluar semula," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi Indah ini memberitahu biarpun peminatnya memahami keadaannya namun dia tetap ingin memohon maaf.

"Tujuan saya muat naik foto tersebut sebab nak beritahu peminat saya tidak dapat hadir. Kesian mereka dah tertunggu-tunggu.

"Walaupun mereka faham saya tidak sihat tapi saya nak mohon maaf juga pada mereka yang dah datang ke festival itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amira Othman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan