Zulin Aziz beri petunjuk bakal berkahwin - Berita Hiburan | mStar

Zulin Aziz beri petunjuk bakal berkahwin

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2018 5:55 AM

Bila tiba masa yang sesuai, Zulin akan kongsi berita gembira dengan peminatnya. Foto: SYAZANA ABD SYUKUR.

(Ubah saiz teks)

PENYAMPAI radio Suria FM, Zulin Aziz memuat naik foto baju kahwin seakan-akan memberi tanda akan berkahwin tidak lama lagi dan ia mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Menurut Zulin, 29, dia akan berkongsi berita baik tersebut dengan peminatnya apabila sudah tiba waktu yang sesuai.

Zulin berkata buat masa kini dia hanya mampu merancang sesuatu namun Allah yang menentukan segalanya.

"Memang agak klise tapi itu yang sebenarnya. Kita hanya mampu untuk merancang tapi Allah yang akan menentukan.

Zulin beri tanda-tanda seakan bakal berkahwin.

"Insya-Allah bila dah tiba waktu yang sesuai, saya akan kongsikan berita gembira itu pada semua orang," kata Zulin kepada mStar Online.

Zulin diminta mengulas mengenai foto dan kapsyen di Instagramnya yang memberi pertunjuk dia bakal bernikah tidak lama lagi.

Tambah Zulin lagi, dia tidak ada niat untuk merahsiakan perkara itu namun berharap peminat mendoakan yang baik-baik.

"Saya bukan nak rahsiakan atau sorokkan perkara yang baik. Tapi takut kita cakap lebih-lebih, benda tak betul-betul pasti lagi.

Zulin harap semua orang mendoakan yang baik-baik untuknya.

"Tapi saya janji, kalau semuanya dah disusun dengan cantik dan dah ada kepastian, saya akan beritahu semua.

"Buat masa sekarang, saya harap semua orang mendoakan yang baik-baik untuk saya," ujarnya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat Zulin menjadi raja sehari.

Tags / Kata Kunci: Zulin Aziz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan