"Syafiq...beruntunglah kerana diuji" - Noorkhiriah - Berita Hiburan | mStar

"Syafiq...beruntunglah kerana diuji" - Noorkhiriah

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2018 3:00 PM

Noorkhiriah memegang watak sebagai Aishah iaitu kakak kepada Ustaz Adam yang dilakonkan Syafiq menerusi drama Nur.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Noorkhiriah berkongsi pandangannya secara peribadi tentang pelakon Syafiq Kyle.

Menurut Noorkhiriah, 41, Syafiq bertuah kerana diberi ujian yang menandakan Allah sangat sayang kepada pelakon berkenaan.

Malah, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie ini berharap Syafiq mengambil segala dugaan itu dari sudut positif.

"Secara peribadi hormat Syafiq terhadap sesama sendiri sangat tinggi dan anak ni sangat baik.

"Maka apa saja yang terjadi sama ada betul atau tidak, beruntunglah kerana diuji. Itu tandanya Allah sangat sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Video itu wujud dua tahun lalu, saya atau bukan... terpulang!” - Syafiq Kyle


Noorkhiriah berkongsi pandangannya mengenai Syafiq Kyle.

"Kerana beliau sangat disayangi ramai. Barangkali Allah tak nak beliau tersilap langkah. Apa sahaja yang diuji Allah ambil dari sudut positif," kata Noorkhiriah.

Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto hari pertama penggambaran drama Nur bersama Syafiq.

Menerusi drama tersebut, Noorkhiriah memegang watak sebagai Aishah iaitu kakak kepada Ustaz Adam lakonan Syafiq.

Drama Nur sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Selain Noorkhiriah dan Syafiq, ia turut menampilkan pelakon seperti Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Azhan Rani.

Barisan pelakon utama drama Nur.

Dalam pada itu, Noorkhiriah berkata dia akan sentiasa menyokong pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu itu.

"Besar hikmahnya dik. Akak #Ecah sentiasa sokong #Adam dari belakang walaupun dalam drama asyik kena leter sahaja," katanya.

Sejak Ahad lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penularan video tidak senonoh memperlihatkan individu mirip Syafiq melakukan perkongsian sembang video bersama seorang wanita dikenali sebagai Mira.

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Syafiq memilih untuk tidak mengesahkan mengenainya namun membiarkan masyarakat memberi pandangan masing-masing.

Kata aktor itu, dia mengakui sudah mengetahui tentang kewujudan video berkenaan sejak dua tahun lalu, namun tidak pasti kesahihannya.

Tags / Kata Kunci: Noorkhiriah , Syafiq Kyle
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan