Selebriti beri sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia - Berita Hiburan | mStar

Selebriti beri sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2018 3:20 PM

Selebriti tempatan seperti Alif Satar, Hafiz Hamidun dan Fauziah Latiff turut memberi sumbangan ke Tabung Harapan Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan bagi membantu kewangan kerajaan pada Rabu mendapat sokongan rakyat.

Malah, golongan selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan untuk negara.

Penyanyi Alif Satar ada memuat naik foto resit dengan menutup jumlah wang yang diderma menerusi Instastorynya.

Alif dan Hafiz meluahkan rasa sayang mereka terhadap negara.

Selain Alif, penyanyi Nourul Wahab juga melakukan perkara yang sama demi membantu negara yang dicintai biarpun jumlahnya tidak banyak.

"Demi negara yang tercinta. Saya sudah. Yang lain? walaupun sekupang (10 sen), bantu juga (perumpamaan)," tulis Nourul di Instagramnya.

Dalam pada itu, Fathia Latiff, Hafiz Hamidun dan Fauziah Latiff antara yang memberi sumbangan dan sokongan terhadap penubuhan tabung tersebut.

Pemilik syarikat Zeel Production, Haji Zeel  memberi sumbangan sebanyak RM500.

Menerusi Instagram pemilik syarikat produksi Zeel Production yang mesra disapa Haji Zeel, dia juga memberi sumbangan sebanyak RM500 ke tabung berkenaan.

Rata-rata pengguna laman sosial memuji selebriti tempatan ini yang menunjukkan semangat patriotik, perpaduan dan kesetiaan kepada negara.

Tabung amanah yang duperkenalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu khusus bagi membolehkan rakyat negara ini menyumbang bagi meringankan beban hutang negara.

Fatiya turut menunjukkan sokongan terhadap tabung amanah bagi membantu meringankan beban hutang negara.

Dr Mahathir berkata, semua derma yang diterima daripada rakyat ini akan dikendalikan Kementerian Kewangan.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Malayan Banking Berhad iaitu 566010626452.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan