“Saya pun tak tanya... tak mahu gores perasaan Syafiq” - Amyra Rosli - Berita Hiburan | mStar

“Saya pun tak tanya... tak mahu gores perasaan Syafiq” - Amyra Rosli

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2018 12:48 PM

Amyra Rosli mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai kontroversi yang sedang melanda heronya dalam drama bersiri 'Nur' iaitu Syafiq Kyle ketika ini.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Amyra Rosli mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai kontroversi yang sedang melanda heronya gandingannya dalam drama bersiri Nur iaitu Syafiq Kyle ketika ini.

Amyra berkata, dia merasakan dirinya tidak berhak untuk bercakap mengenainya namun berharap kes itu tidak lagi dibangkitkan kerana ia telah membuka aib seseorang.

"Jujurnya saya sebolehnya tidak mahu mengulas mengenai apa menimpa Syafiq kerana ia tiada kena mengena dengan saya namun pertanyaan ini diajukan kerana drama lakonan kami, Nur sedang ditayangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Video itu wujud dua tahun lalu, saya atau bukan... terpulang!” - Syafiq Kyle

Nama Syafiq kini sedang hangat diperkatakan.

"Apa yang boleh saya katakan perkara lalu jangan dibangkitkan atau membuka aib seseorang itu dan berikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Amyra ditemui pada majlis Previeu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima pada malam Rabu.

Sejak Ahad lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penularan video tidak senonoh memperlihatkan individu mirip Syafiq melakukan perkongsian sembang video bersama seorang wanita dikenali sebagai Mira.

Syafiq bergandingan dengan Amyra Rosli dalam Nur. FOTO: Instagram Syafiq Kyle.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen dengan harga RM20.

Dalam pada itu, Amyra berkata, produksi drama tersebut mempunyai grup WhatsApp namun tiada sesiapa menyentuh mengenai kontroversi melibatkan Syafiq kerana menghormatinya.

"Kami ada grup tapi tiada siapa bertanya mengenai perkara itu kerana menghormati dia dan situasi yang dihadapinya sekarang sudah cukup sukar.

Keluarga bahagia... Amyra bersama suami, Amar Baharin dan anak lelaki mereka.

"Saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu menguriskan perasaan Syafiq tambahan pula saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar," katanya.

Drama Nur sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 malam di TV3.

Selain Amyra dan Syafiq, ia turut menampilkan pelakon seperti Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Tags / Kata Kunci: Amyra Rosli , Syafiq Kyle , Nur
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan