Amira Othman bertuah dua adik kacak jadi penyanyi - Berita Hiburan | mStar

Amira Othman bertuah dua adik kacak jadi penyanyi

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2018 5:00 AM

Amira Othman tidak melihat dua adik lelakinya, Irfan Haris dan Haikal Iskandar sebagai pesaing dalam bidang seni. Foto Instagram @amiraothman

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Amira Othman tidak pernah melihat penglibatan dua adik lelakinya iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar dalam bidang seni sebagai pesaing untuk dirinya.

Sebaliknya kata Amira, 25, kehadiran mereka dalam industri seni sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada dia memandangkan mereka berbakat besar dalam bidang gubahan lagu.

"Keluarga saya memang semuanya sukakan muzik namun hanya kami bertiga setakat ini yang benar-benar serius sebagai penyanyi.

"Saya tidak lihat mereka sebagai saingan sebaliknya ia kelebihan kerana kami boleh buat pelbagai perkara bersama.

"Kelebihan mereka mampu menggubah lagu buat saya untung kerana sebagai kakak saya boleh minta mereka buatkan lagu untuk saya," katanya.

Amira Othman.

Dalam pada itu, Amira berkata, impian untuk menyanyikan lagu ciptaan adik lelakinya bakal terlaksana tidak lama lagi apabila Irfan sedang dalam proses gubahan single solo dan duet mereka.

Kata Amira, Haikal juga sepatutnya terlibat dalam projek itu namun jejaka berusia 21 tahun itu kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

"Memandangkan Haikal berada di luar negara jadi kami teruskan dengan projek single duet kami terlebih dahulu.

"Irfan yang bertindak sebagai komposer dan kami memilih untuk tampil dengan lagu balada yang kebetulan adalah kegemaran kami berdua," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amira berkata, bulan Ramadan dia memberikan tumpuan kepada perniagaan baju koleksi muslimah dan menyertai festival jualan hari raya.

Tags / Kata Kunci: Amira Othman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan