Minta SPRM siasat penjaga gol Liverpool, Dira kata Syed Saddiq 'YB budak-budak' - Berita Hiburan | mStar

Minta SPRM siasat penjaga gol Liverpool, Dira kata Syed Saddiq 'YB budak-budak'

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2018 1:14 PM

Dira tegur Syed Saddiq.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Dira Abu Zahar menegur status yang dimuat naik Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pasukan itu kalah menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah pagi Ahad.

Dira yang juga exco Puteri Umno mempersoalkan sama ada status itu wajar ditulis oleh seseorang bergelar Yang Berhormat (YB).

"Yang Berhormat? atau lebih kepada Yang Budak-budak" tulisnya pada Ahad.

Status Dira terhadap Syed Saddiq dapat perhatian netizen.

Tindakan pelakon Kimchi Untuk Awak itu menerima kecaman netizen yang menganggap status yang dimuat naik Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sekadar gurauan.

Netizen turut mempersoalkan adakah seorang YB perlu bersikap serius sepanjang masa.

"Takkan 24jam nak kena tweet pasal politik dan benda serius. Semua tahu dia bergurau," ujar netizen.

Netizen kritik Dira tidak boleh bergurau.

Bagaimanapun, Dira membalas bahawa dia juga tidak bercakap buruk tentang pemuda itu.

"Haa oklah, tak cakap buruk pun pasal dia. Yang budak-budak comellah kan?," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Dira Abu Zahar , Syed Saddiq
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan