“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” - Nabil Ahmad - Berita Hiburan | mStar

“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” - Nabil Ahmad

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2018 5:20 AM

Nabil Ahmad menyangkal dakwaan dia bakal meninggalkan program MeleTOP.

(Ubah saiz teks)

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad menjelaskan dia belum berhasrat untuk meninggalkan tugasnya sebagai hos program MeleTOP selepas ada ura-ura mengatakan tempatnya bakal digantikan oleh orang lain.

Nabil yang mengendalikan program itu bersama Neelofa sejak 2012 berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai gosip tersebut malah tiada sesiapa daripada pihak produksi memberitahu kontraknya bakal ditamatkan.

Ini kerana kata Nabil, kontraknya sebagai hos sehingga tahun 2019.

"Saya sendiri tidak tahu menahu... ini adalah kali pertama saya mendengar mengenainya.

"Pihak produksi pun tidak pernah kata apa-apa dan sekiranya benar saya perlu mendengarnya daripada mereka.

Nabil dan Neelofa mengendalikan MeleTOP sejak 2012.

"Apa-apa pun saya anggap ia sebagai gosip semata-mata kerana kontak saya pun masih ada sampai 2019," katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia tidak merancang untuk meninggalkan MeleTOP seperti diperkatakan kerana menyukai tugasnya sebagai hos program itu.

"Saya sayangkan MeleTOP, saya sudah terlalu lama bersama semua yang terlibat untuk meninggalkan program itu begitu sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabil berkata, telefilem terbitan syarikat produksinya, Nabil Ahmad Production iaitu The Hantus bakal menemui penonton di Astro pada Aidilfitri nanti.

Selain itu, Nabil berkata, dia juga bakal muncul dalam beberapa program raya termasuk MeleTOP Raya dan Gegar Vaganza Raya.

Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad , MeleTOP
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan