“Dah banyak kali tegur tak faham bahasa” - Nasihat Ude buat bekas isteri - Berita Hiburan | mStar

“Dah banyak kali tegur tak faham bahasa” - Nasihat Ude buat bekas isteri

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2018 4:45 AM

Ude minta bekas isteri tidak mengundang kemarahan orang terhadapnya.

(Ubah saiz teks)

SUAMI pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid menegur bekas isterinya iaitu Intan Liana Saleh yang memuat naik status mengaitkan anak mereka di media sosial.

Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid, 30, berkata, posting berbaur simpati itu hanya akan menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Terima Talak Satu, Ude Milik Izreen Sepenuhnya

“Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta 'makcik bawang' buat dosa banyak-banyak.

“Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!” tulisnya di Instagram pada Jumaat.

 Status yang dimuat naik Ude pada Jumaat

Ude berkata, dia terpaksa menegur di laman sosial berikutan bekas isterinya itu masih melakukan perkara sama biarpun sudah beberapa kali tegur secara baik.

Katanya, teguran secara terbuka itu mungkin membuat Intan lebih faham dan untuk kebaikan semua pihak.

“Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa.

“Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak,” katanya.

Pemuzik bebas itu turut meminta masyarakat berhenti mencaci sehingga mencabar kesabaran dirinya.

Ude kini bahagia bersama isteri baharunya, Izreen Azminda. FOTO: Instagram Ude Wahid

“Cukup-cukuplah bulan baik ni tak payah nak maki-maki mencabar kesabaran orang. Banyak kerja lebih baik korang boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun, status tersebut sudah dipadamkan selepas hampir sejam dimuat naik.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu. 

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Tags / Kata Kunci: Ude , Intan Liana , Izreen Azminda
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan