Biar ada walaupun tak ‘meletup’ - Idayu - Berita Hiburan | mStar

Biar ada walaupun tak ‘meletup’ - Idayu

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2018 5:39 AM

Idayu mahu kerap mengeluarkan single terbaharu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Idayu mahu kerap mengeluarkan single terbaharu biarpun lagu-lagu tersebut tidak akan hit seperti lagu yang sedia ada.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 33, berkata dia tidak ingin melalui pengalaman kali kedua dilupakan peminat.

"Saya pernah ada sejarah orang lupakan saya dan memang kalau boleh saya tak mahu benda itu terjadi lagi.

"Sebab itu, saya mahu kerap keluarkan lagu baru. Biar ada, walaupun tak meletup seperti lagu-lagu lain.

"Bagi saya, golongan muda zaman sekarang kenal siapa Idayu itu pun sudah mencukupi. Saya tak minta pun lebih-lebih," kata Idayu kepada mStar Online.


Idayu mahu sentiasa berada di dalam industri.

Lagu terbaharu Idayu berjudul Ganti Diriku menjadi lagu tema bagi drama bersiri bertajuk Nur di TV3 pada pukul 10 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Tambah juara program AF Megastar 2017 ini, dia sedang sibuk mempersiapkan album penuh yang akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

Kata Idayu, dia mempunyai lagu yang banyak dan album tersebut akan mengandungi sebanyak tujuh atau lapan buah lagu.

"Saya bukan menyepikan diri daripada industri tapi banyak menghabiskan masa dalam studio. Saya dah janjikan nak keluar album pada tahun ini.

"Sebab itu, saya lebih fokus berada di dalam studio sahaja. Alang-alang lagu saya ada banyak ini.

Peminat minta Idayu berduet dengan Ernie Zakri.

"Saya akan kumpulkan dalam tujuh atau lapan lagu untuk dimasukkan dalam album penuh yang akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Selamanya ini pernah berbincang dengan penyanyi Ernie Zakri untuk berduet atas permintaan peminat.

Bagaimanapun, Idayu dan Ernie sudah mempunyai perancangan sendiri namun akan mencuba merealisasikan impian peminat untuk melihat mereka bergandingan.

"Ramai peminat minta saya berduet dengan Ernie. Saya ada juga bersembang dengan Ernie tapi saya memahami dia ada perancangan sendiri.

"Insya-Allah kalau ada kesempatan mungkin kami akan cuba buat sesuatu untuk tunaikan permintaan peminat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Idayu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan