“Belajarlah jadi cerdik, beg jenama tak jadikan anda cantik” - Farahdhiya - Berita Hiburan | mStar

“Belajarlah jadi cerdik, beg jenama tak jadikan anda cantik” - Farahdhiya

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2018 5:40 AM

Farah berpendapat kecantikan lahir dari hati dan niat seseorang.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Farahdhiya menyifatkan kualiti diri seseorang tidak terletak kepada barang-barang berjenama yang dipakainya.

Farah, 33, berkata, hati dan niat seseorang membuatkan diri mereka cantik semula jadi tanpa barang berjenama.

"Bahagia itu bukan pada jenama. Kualiti diri seseorang tidak ada kena mengena dengan jenama yang kita pakai.

"Takkan pakai benda mahal baru nak rasa diri cantik? Kesianlah kalau macam tu. Setiap wanita dilahirkan cantik tanpa adanya sebarang jenama, pada akhirnya yang membuatkan kita cantik adalah hati, niat kita dan bukan jenama," ujarnya.

Status yang dimuat naik Farah di Instgram miliknya.

Farah menerusi Instagram turut berkongsi dan bersetuju dengan pendapat Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkaitan barang jenama yang menjadi kegilaan kaum wanita masa kini.

Tambahnya, ada dalam kalangan kawan-kawannya sendiri apabila sanggup berhutang untuk melaram dengan barang berjenama.

Katanya, ada juga rakannya yang berbangga membeli beg berjenama namun terpaksa menjual semula barangan tersebut selepas ditimpa musibah dan kesempitan hidup.

"Dah banyak saya nampak dengan mata sendiri, ada yang sanggup berhutang sebab nak melaram punya pasal.

mStar Default Image

"Ada jugak kawan-kawan yang dulu kaya raya, setiap minggu beli beberapa beg, bangga dengan beg dia. Akhirnya Tuhan nak tunjuk, terpaksa jual semua beg untuk menampung kehidupan," ujarnya.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini mengingatkan agar lebih berpada-pada dan menyimpan untuk kemudian hari.

Katanya, sifat riyak, sombong dan angkuh tidak disukai oleh Allah.

"Belajarlah untuk menjadi cerdik. Tuhan marah kalau kita angkuh, riak & bongkak. Peringatan yg berguna utk kita semua," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga memberitahu kenyataan itu hanya sekadar ingatan secara umum dan tidak mempunyai sebarang unsur politik negara.

Tags / Kata Kunci: Farahdhiya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan