“Hidup seorang atau berdua, sama sahaja” – Deja Moss - Berita Hiburan | mStar

“Hidup seorang atau berdua, sama sahaja” – Deja Moss

Diterbitkan: Khamis, 24 Mei 2018 5:39 AM

Deja sudah biasa berpuasa seorang diri semenjak tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Penyanyi Deja Moss sudah biasa melalui bulan Ramadan tanpa suami semenjak tahun lalu.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata pada tahun lalu suaminya iaitu Azfendy Azzuddin Ahmad terpaksa meninggalkannya atas tuntutan kerja.

"Saya dah biasa berpuasa sorang diri. Tahun lalu suami tak ada selama tiga minggu sebab dia ada kerja di Johor pada bulan Ramadan.

"Dia tak bawa saya ikut sekali. Saya dah selalu tinggal seorang dan menjadi kebiasaan sebab memang selalu ditinggalkan.

"Hidup seorang atau berdua itu dah tak rasa. Bagi saya ianya tetap sama sahaja," kata Deja kepada mStar Online.


Azfendy kelihatan tenang selepas selesai prosiding di mahkamah.

Deja ditemui ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Rabu bagi urusan perceraiannya namun ia ditangguhkan pada 11 Julai depan.

Dalam Pada itu, Deja memberitahu dia tidak pernah bercerita mengenai kemelut rumah tangganya sehinggalah permohanan perceraian difailkan oleh suaminya.

Menurut Deja, dia tidak mempunyai niat untuk memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak dengan kenyataannya sebelum ini dan hanya ingin menceritakan perkara sebenar.

"Saya terkejut apabila dia beritahu mahkamah dengan berkata ada artikel keluar dan orang bercakap mengenai dia.

"Sebelum ini, saya tak pernah bercerita dekat sesiapa pun sampailah dia failkan permohonan perceraian pada 5 Mac lalu.

"Saya ada keluarkan kenyataan yang mengaibkan dia tapi bagi saya itu bukan memalukan sebab saya beritahu perkara sebenar," ujarnya.

Deja tidak berniat untuk mengaibkan atau memalukan mana-mana pihak.

Status rumah tangga pasangan itu akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatan kuasa pendamai (JKP) dilantik dan akan mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian.

Dalam proses penyelesaian, JKP terdiri daripada keluarga yang rapat dengan Deja dan suaminya bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pada 5 Mac lalu, Azfendy memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja.

Deja dan suaminya yang berusia 39 tahun itu berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak.

Sebelum ini Deja mendakwa perkahwinannya dengan Azfendy berantakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Tags / Kata Kunci: Deja Moss
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan