Deja Moss, suami tak jadi cerai, tunggu 11 Julai depan - Berita Hiburan | mStar

Deja Moss, suami tak jadi cerai, tunggu 11 Julai depan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2018 1:04 PM

Deja Moss (kanan) ditemani rakannya Dr Azuridah tidak dapat menahan sedih dengan masalah rumah tangganya. FOTO: Nur Asikin Mayudin

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Status rumah tangga penyanyi Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatan kuasa pendamai (JKP) mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Halimatumsa'diah Abu Ahmad yang mewakili Deja selaku defendan selepas prosiding dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Menurut Halimatunsa'diah, pihaknya memohon satu laporan JKP bagi membolehkan kedua-dua belah pihak menjalankan proses pendamaian sebelum apa-apa keputusan berkaitan penceraian dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Deja Moss tidak dapat diselamatkan lagi

Dalam prosiding itu, Azfendy, 39, selaku plaintif tidak diwakili peguam.

Azfendy Azzuddin kelihatan tenang ketika keluar dari mahkamah.

Sementara itu, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata dia bersetuju dengan JKP selepas menerima nasihat daripada peguamnya kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan antara kedua-dua belah pihak.

"Saya bersetuju dengan JKP Ini kerana tiada komunikasi antara saya dan suami selepas dia menghilangkan diri.

“Namun apa yang lebih mengejutkan, apabila saya menerima surat saman (permohonan penceraian) dan sudah tentu ia sesuatu yang sukar kerana berlaku tanpa pengetahuan.

“Banyak perkara yang perlu dibincangkan dan diselesaikan antara kami berdua,” katanya kepada mStar Online.

Deja ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Rabu.

Tambah Deja lagi, sekiranya masih tiada penyelesaian dia bersedia menjalani kehidupam berasingan.

“Jika tiada pendamaian antara kami, saya terima dan akan melalui kehidupan berasingan,” ujarnya.

Deja Moss

Dalam proses penyelesaian, JKP terdiri daripada keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pada 5 Mac lalu, Azfendy memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja.

Deja turut hadir bersama Halimatunsa’diah dan rakan baiknya, Dr Azuridah kira-kira pukul 8.50 pagi.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak.

Sebelum ini Deja mendakwa perkahwinannya dengan Azfendy berantakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Malah, Deja juga mendedahkan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya itu.

Tags / Kata Kunci: Deja Moss
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan