“Zaman sekarang terlalu banyak kriteria” - Haliza Misbun - Berita Hiburan | mStar

“Zaman sekarang terlalu banyak kriteria” - Haliza Misbun

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2018 5:10 AM

Haliza Misbun masih aktif berlakon walaupun dia dilihat sepi daripada sebarang projek.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Haliza Misbun memberitahu dia lebih cenderung untuk memilih projek lakonan yang tidak meletakkan kriteria tertentu kepada artis sebelum diterima oleh produksi atau stesen televisyen.

Atas dasar itu juga kata Haliza, 45, wajahnya jarang dilihat dalam drama-drama popular dan mendapat rating tinggi sehingga ada menyangka dia tidak lagi berlakon.

"Sebenarnya tiada istilah saya kembali berlakon kerana saya masih aktif sebenarnya cuma projek yang saya terlibat tidak popular.

"Jujurnya saya memang cenderung untuk memilih projek yang tidak popular kerana kebiasaannya tiada kriteria tertentu diperlukan selain anda perlu pandai berlakon.

"Ini kerana pada zaman sekarang, terlalu banyak kriteria diperlukan oleh seseorang pelakon termasuk perlu ada 1 juta pengikut di Instagram sebelum diterima berlakon," katanya.

Haliza lebih pentingkan skrip berbanding populariti sesebuah drama.

Dalam pada itu, Haliza berkata, dia tidak pernah terfikir drama lakonannya akan menjadi 'trending' seperti mana yang berlaku kepada Cinderella.

"Sebagai pelakon saya tak tengok sama ada sesuatu projek itu boleh popular atau trending sebaliknya jalan cerita, pelakon dan arahan siapa menjadi keutamaan.

"Zaman sekarang berbeza, tetapi susah juga untuk jangka sama ada sesuatu drama itu akan popular atau pun tidak... semuanya kebetulan.

"Seperti mana Cinderella suatu ketika dahulu, saya sendiri tak pernah sangka yang ia akan popular dan diingati sampai sekarang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Haliza Misbun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan