Mahkamah tolak permohonan bekas suami Serina - Berita Hiburan | mStar

Mahkamah tolak permohonan bekas suami Serina

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2018 10:49 AM

Gavin Edward O’Luanaigh (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ditemani peguamnya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin menolak permohonan bekas suami Serina Redzuawan iaitu Gavin Edward O’Luanaigh untuk mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap aktres itu atas pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Hakim Syarie, Salehan Yatim yang mendengar kes itu turut meminta Gavin selaku plaintif memfailkan semula permohonan berkenaan.

Sementara itu, Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili plaintif memberitahu permohonan tersebut ditolak mahkamah tanpa membacakan alasan penolakkan tersebut.

Serina dan Gavin dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Issabella Safiyya.

“Permohonan tersebut ditolak dan hakim mengarahkan untuk memfailkan semula kes ini. Ia disebabkan kes sebelum ini didengar oleh hakim lain.

“Saya perlu meneliti terlebih dahulu alasan sebab ia tidak dibacakan sekali," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas prosiding selesai.

Pada 24 April lalu, Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 41, memfailkan notis tunjuk sebab terhadap selebriti itu selepas dia didakwa melanggar perintah persetujuan bersama yang ditandatangani mereka pada 27 Julai tahun lalu.

Serina dan Gavin bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Gavin memfailkan notis tunjuk sebab itu selepas mendakwa Serina membernarkan kedua-dua anak mereka, Tristan Tareef dan Issabella Safiyya, masing-masing berusia 7 dan 6 tahun bermalam dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali Cef Wan.

Serina turut didakwa memburukkannya di media sosial.

Perintah persetujuan bersama itu ditandatangani Gavin dan Serina selepas kedua-duanya bersetuju untuk bercerai.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan