Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya - Berita Hiburan | mStar

Perkahwinan Nazim, Bella Dally musnah akhirnya

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 5:59 PM

Perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally sudah berakhir.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nazim Othman mengejutkan peminat pada Khamis apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Bella Dally telah pun berakhir.

Nazim atau Nushrul Alif Othman, 34, memberitahu keputusannya berpisah dibuat atas persetujuan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Nazim, Bella Dally selagi boleh senyum... OKlah

"Assalamualaikum, Salam Ramadan. Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

Kenyataan Nazim di Instagram berhubung perceraiannya.

"Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini," tulisnya.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016.

Bagaimanapun Nazim tidak mendedahkan punca perceraian namun menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kekhilafan mereka sebagai manusia biasa.

"Sesungguhnya segala keindahan itu datang dari-Nya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa.

Bella turut membuat kenyataan di Instagram.

"Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang," tulisnya lagi.

Sementara itu, Bella menerusi Instagram miliknya pula memberitahu perkahwinan di antara mereka tidak berhasil dan mereka telah sedaya upaya cuba memperbaiki kelemahan masing-masing.

"Kenapa? Apa yang terjadi? Itu adalah soalan yang ditanya termasuk keluarga kepada saya.

"Untuk pendekkan cerita, perkahwinan kami tidak menjadi dan kami telah lakukan yang terbaik tetapi tidak berhasil," katanya.

Desas desus mengenai hal rumah tangga pasangan itu mula kedengaran sejak tahun lalu apabila kedua-dua mereka jarang berkongsi foto berdua di laman sosial masing-masing.

Namun Nazim tidak mendedahkan perkara itu apabila ditanya mengenai alam rumah tangganya.

Tags / Kata Kunci: Nazim Othman , Bella Dally
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan