“Ada aku kisah?” - Ezuwan buat baju ciplak untuk Maria Farida - Berita Hiburan | mStar

“Ada aku kisah?” - Ezuwan buat baju ciplak untuk Maria Farida

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2018 6:00 AM

Baju Maria Farida sama dengan rekaan antarabangsa.

(Ubah saiz teks)

BAHARU sahaja dikecam kononnya menciplak baju pereka fesyen antarabangsa, Ezuwan Ismail nampaknya tidak serik apabila melakukan perkara yang sama bagi penampilan aktres Maria Farida pada anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) yang berlangsung malam Ahad lalu.

Pereka fesyen tersebut memuat naik foto gaun kembang berwarna kuning dengan kapsyen dia tidak peduli kecaman yang dilemparkan.

"Yeay berjaya buat 'moschino pelesu' (palsu)...why bother why bother? Ada aku kisah korang nak cakap apa? Korang kan baik sangat tak tiru..." tulisnya di Instagram.

Posting yang dimuat naik itu mendapat perhatian netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai tidak wajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Maria Farida & Nabila Razali dituduh pakai baju ciplak, Ezuwan beri penjelasan


Ezuwan pernah dikritik ciplak fesyen antarabangsa untuk baju Nabila dan Maria Farida.

Netizan juga menyifatkan apa yang dilakukan Ezuwan itu hanya menjejaskan kredibilitinya sebagai pereka fesyen terkenal di Malaysia.

"Tapi awak tak rasa ke menjatuhkan diri awak sebagai Malaysian fashion designer? Awak akan memberi contoh yang kurang baik kepada bakal-bakal designer di luar sana yang menjadikan awak sebagai idola mereka," ujar salah seorang netizen.

Bagaimanapun, segelintir pengikutnya memuji baju yang digayakan aktres itu cantik biarpun meniru jenama lain.

Sementara itu, Ezuwan mengakui meniru seratus peratus rekaan itu.

Ezuwan dan Maria Farida hadir pada malam DFKL 2018.

Katanya, perkara itu lebih mendapat perhatian dan kritikan netizen berbanding hasil karya aslinya.

"Saya sengaja meniru kerana geram dengan netizen yang hanya mengkritik sahaja walaupun sebelum ini banyak baju hasil kerja saya lalu di karpet merah.

"Saya sudah bersedia tanggung risiko untuk dikecam netizen. Bila kita buat idea kita mereka tidak mahu menilai pula," ujarnya.

Sementara itu, Maria yang dihubungi berkata, sebagai artis dia hanya memakai baju yang dibuat oleh pereka fesyen berkenaan.

Maria berkata, dia hanya memberitahu pereka fesyen berkenaan tentang tema dan konsep baju yang ingin digayakan.

"Saya sebagai artis hanya memakai sahaja baju yang dibuat oleh designer dan tidak tahu sama ada dia cilpak atau tidak.

"Seperti sebelum ini saya hanya beri tema dan konsep baju yang ingin dipakai pada majlis tersebut sahaja," ujarnya.



Tags / Kata Kunci: Ezuwan Ismail , Maria Farida
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan