“Tunjuk bukti kalau hamil anak pemuzik Wings” - Awie - Berita Hiburan | mStar

“Tunjuk bukti kalau hamil anak pemuzik Wings” - Awie

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2018 8:11 PM

Awie meminta wanita misteri yang mendakwa dihamilkan oleh seorang pemuzik kumpulan rock agar tampil menunjukkan bukti dakwaannya itu. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendakwa hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang anggota sebuah kumpulan rock diminta mengemukakan bukti.

Vokalis Wings, Datuk Awie meminta wanita itu tidak bersembunyi di sebalik purdahnya dan dia diminta membuat laporan polis.

“Jika benar apa yang didakwa sila tunjukkan bukti dan tunjuk wajah sebenar dan bukannya berselindung di sebalik purdah yang dipakai.

“Kalau benar dakwaan yang dibuat mengapa perlu menutup wajah? Lebih baik buat laporan polis,” katanya.

Awie memberitahu Wings juga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sekiranya dakwaan itu fitnah.

Awie berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang wanita misteri yang mendakwa hamil anak anggota kumpulan rock.

Wanita itu meminta individu tersebut yang kononnya seorang pemuzik Wings bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungannya yang kini mencecah lima bulan.

Dalam pada itu, Awie berkata, kontroversi itu sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baik dan kredibiliti Wings.

“Dakwaannya itu bukannya sahaja membabitkan seorang individu tetapi melibatkan anggota lain dalam Wings dan boleh jadi ia merupakan agenda menjatuhkan kami.

Wings bakal mengadakan persembahan istimewa bersempena Ramadan di Hotel Priemera Kuala Lumpur pada 26 Mei ini.

“Kalau dia gagal untuk mendapat balasan cinta ke apa, semua orang pernah melaluinya... Ini dia buat cerita seolah-olah ini zaman jahiliah,” ujarnya.

Tambahnya, pihak Wings juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap wanita tersebut sekiranya apa didakwa itu fitnah.

Sementara itu, Awie berkata, sekiranya benar anggota Wings adalah individu dimaksudkan dia sendiri akan memastikan individu berkenaan bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Semua manusia ada melakukan kesilapan dan sekiranya perkara itu benar,  saya sendiri akan pastikan individu itu bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata Awie.

Tags / Kata Kunci: Awie , Wings
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan