Remy Ishak terpaksa makan lapan kali sehari - Berita Hiburan | mStar

Remy Ishak terpaksa makan lapan kali sehari

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2018 7:25 AM

Remy Ishak bakal bergandingan dengan Zul Ariffin foto IG @remyishak

(Ubah saiz teks)

PELAKON Remy Ishak memberitahu dia kini dalam proses untuk membesarkan badannya sebelum memulakan penggambaran filem aksi terbaharunya pada 8 Mei ini.

Remy berkata, dia terpaksa makan sebanyak lapan kali sehari bagi mendapatkan berat badan yang disasarkan iaitu 90 kilogram.

“Saya dalam proses untuk besarkan badan kerana filem baru saya akan bergandingan dengan Zul Ariffin, saya terpaksa buat badan kerana badan Zul besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu-Bapa Berpisah Punca Remy Ishak Ambil Masa Mahu Kahwin

“Berat badan saya sekarang 76 kilogram dan perlu naik 90 kilogram dan kemudian turunkan pula 83 kilogram sebelum mula penggambaran ini. Setiap hari saya perlu makan lapan kali iaitu nasi, ayam dan telur sampai kadang-kadang saya rasa sesak nafas,” ujarnya kepada mStar Online.

Remy sibuk buat persiapan untuk filem terbaharunya.

Remy ditemui pada pelancaran novel yang diadaptasi dari filem Pulang lakonannya dengan Puteri Aishah baru-baru ini.

Sementara itu, Remy mengakui dia berasa tidak selesa dengan keadaan berat badannya sekarang.

Katanya, pergerakannya juga dirasakan agak perlahan berbanding berat sebelum ini.

“Berat badan biasa saya 71 kilogram dan sekarang saya tidak biasa lagi, saya rasa berat dan pergerakkan saya perlahan.

“Setiap hari pukul 6 hingga 8 pagi saya akan ke gimnasium dan malam pula ada latihan mempertahankan diri MMA” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Remy Ishak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan