Usop (Mentor) kurus, tak lalu makan kerana digodam - Berita Hiburan | mStar

Usop (Mentor) kurus, tak lalu makan kerana digodam

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2018 6:15 AM

Usop gembira dapat semula akaun Instagram.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Usop yang dicungkil dari rancangan Mentor bersyukur apabila dia akhirnya mendapat semula akaun Instagram selepas hampir empat bulan digodam.

Usop atau Saiful Naim Muhd Noor, 21, berkata, dia berusaha untuk mendapatkan akaun tersebut dengan pelbagai cara termasuk meminta bantuan rakan dan peminatnya.

“Alhamdulillah akhirnya semalam (Ahad) ada seorang individu menghubungi dan memulangkan akaun IG saya yang digodam selama empat bulan.

“Walaupun semua gambar hilang tapi sekurang-kurangnya dapat semula pengikut yang berjumlah lebih 400,000 ribu itu semula. Sejujurnya saya memang susah hati sehingga menyebabkan saya tidak lalu makan dan kurus,” ujarnya kepada mStar Online pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong Janna Nick, Usop Pula Jadi Mangsa


Usop bakal berpindah ke Kuala Lumpur

Akaun Instagram Usop menjadi mangsa penggodam selepas dia menulis komen di akaun aktres Janna Nick yang digodam pada Disember lalu.

Kata Naib Juara Mentor Milenia 2017 ini, dia menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran dan serik untuk menulis komen di mana-mana Instagram orang lain.

“Saya serik dan takut nak komen di mana-mana Instagram, sekarang saya tidak mahu masuk campur hal orang lain.

“Empat bulan ini peminat tidak tahu perkembangan saya dan menyangka saya sudah tiada dalam industri,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Usop berkata, dia sudah membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur pada Julai depan.

Katanya, ia bagi memberi fokus kepada kerjayanya sebagai penyanyi.

“Julai ini saya akan pindah ke Kuala Lumpur untuk fokus menyanyi. Selama ini saya terpaksa ulang-alik ke Kedah jika ada undangan di Kuala Lumpur.

“Lagi pula, saya akan keluar single terbaru dan mudah untuk urusan promosi,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Usop Mentor , Janna Nick
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan