Amar Asyraf kecewa ditolak beberapa syarikat produksi - Berita Hiburan | mStar

Amar Asyraf kecewa ditolak beberapa syarikat produksi

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2018 6:00 AM

Amar faham apabila syarikat produksi enggan mengambilnya sebagai pengarah. Foto: ART CHEN.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Amar Asyraf pernah berasa kecewa apabila keinginannya menjadi pengarah ditolak beberapa buah produksi.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 32, berkata dia masih mempunyai masa yang banyak untuk mencapai impiannya itu.

"Sebenarnya saya lebih suka bekerja di belakang kamera. Dari dulu lagi saya impikan nak jadi pengarah. Sekarang ini masih lagi mencari peluang itu.

"Pernah juga saya meluahkan keinginan itu dekat beberapa syarikat tapi belum rezeki. Sedikit sebanyak kecewa juga tapi fikir semula saya baru 32 tahun.

Amar akan berusaha mencapai impiannya menjadi pengarah.

"Ada banyak masa lagi untuk hasilkan sesuatu supaya pihak terbabit nampak karya saya," kata Amar kepada mStar Online.

Dalam pada itu, bercerita mengenai wataknya sebagai Nadim menerusi filem Ratu Kala Jengking:Puteri Keranda bukan mudah untuk dilakonkan.

Menurut Amar, dia perlu membuat persiapan awal seperti belajar memanah memandangkan babaknya banyak menggunakan senjata itu.

"Cabaran saya adalah pertama kali dapat watak yang memerlukan saya memanah. Jadi, saya kena buat persiapan awal.

Barisan pelakon filem Ratu Kala Jengking:Puteri Keranda.

"Masuk kelas memanah di Sungai Buloh dan membeli barang-barang memanah sendiri. Saya kena biasakan diri dengan senjata itu.

"Babak saya dalam filem itu banyak kena memanah. Kalau tak berlatih, nanti masa berlakon penonton boleh nampak saya kekok," ujarnya.

Filem arahan Bade Azmi itu akan mula menjalani penggambaran di Kota Tinggi, Johor Bahru pada 1 Mei depan selama 35 hari.

Selain Amar, filem keluaran A. Aida Productions Sdn Bhd itu menampilkan seramai 36 pelakon antaranya Nadia Brian, Mas Khan, Eyra Hazali, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan