Aishah... Dah kurus, nak kurus lagi - Berita Hiburan | mStar

Aishah... Dah kurus, nak kurus lagi

Diterbitkan: Ahad, 29 April 2018 6:20 AM

(Ubah saiz teks)

DUA bulan selepas menjalani pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik, penyanyi Aishah mendedahkan dia kehilangan 14.5 kilogram dalam tempoh tersebut.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, menerusi Instagram miliknya bagaimanapun memberitahu dia menyasarkan untuk menurunkan berat badannya sebanyak 25 kilogram lagi sebelum mendapat berat badan ideal.

"Dua bulan selepas pembedahan... kehilangan 14.5 kilogram, 25 kilogram lagi," tulisnya di Instagram.

Aishah turut memuat naik gambar terbaharunya yang menampakkan perubahan ketara sejak menjalani pembedahan tersebut.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu sebelum ini menjelaskan pertambahan berat badan membimbangkan membuatkan dia mengambil keputusan menjalani pembedahan tersebut.

Aishah memuat naik gambar terbaharunya yang memperlihatkan perubahan ketara.

Pun begitu kata Aishah, tujuan pembedahan itu bukan untuk kelihatan cantik dan kurus semata-mata, sebaliknya bagi mengatasi masalah gastrik dan sakit kaki berpunca daripada berat badan berlebihan.

Aishah menjalani pembedahan tersebut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pengikut juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu memuji penampilan baharu Aishah yang dilihat lebih yakin dan muda daripada usia sebenarnya.

"Makin cantik... makin bertambah gorgeous!

"Teruskan usaha kak Aishah, semoga dapat mencapai ke arah yang diinginkan. Semoga berjaya!" tulis pengikutnya.

Tags / Kata Kunci: Aishah , Janji Manismu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan