Isu foto ‘anu’ tersebar, tiga orang miliki kata laluan Instagram Zul Ariffin - Berita Hiburan | mStar

Isu foto ‘anu’ tersebar, tiga orang miliki kata laluan Instagram Zul Ariffin

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2018 5:22 AM

Zul dan gandingannya dalam drama Titian Kasih iaitu Farah Nabila turut hadir pada pertunjukan fesyen Primavallet.

(Ubah saiz teks)

PELAKON sensasi Zul Ariffin menjelaskan tidak lebih tiga individu memiliki kata laluan untuk akaun Instagram peribadinya.

Bagaimanapun, katanya, tiga individu tersebut tidak termasuk bekas kekasihnya iaitu pelakon Zahirah MacWilson.

“Saya berkongsi kata laluan dengan tidak lebih daripada tiga individu yang saya percayai dan mereka perlu ada kata laluan IG saya untuk membantu jika berlaku perkara tidak diingini.

“Akaun saya bukan kali pertama digodam tetapi sudah berkali-kali. Tapi dia (Zahirah) tidak ada kata laluan saya,” ujarnya kepada mStar Online, pada Rabu.

Zul ditemui selepas majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic di sini, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson jawab tuduhan godam IG Zul Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto alat sulit, IG Zul Ariffin digodam


Awal minggu lalu Instagram pelakon filem J Revolusi itu dipeercayai digodam individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik foto alat sulit lelaki.

Namun, foto tersebut dipadam dalam tempoh dua minit selepas ia dikongsi kepada umum.

Zul menambah, dia akan lebih berhati-hati dan akan kerap menukar kata laluan media sosialnya bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang kembali.

“Sedikit sebanyak perkara ini buat saya dipandang serong masyarakat, saya belajar dan lepas ni kena selalu tukar kata laluan,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang baharu sahaja mengumumkan putus cinta ini mengakui kehidupannya kini lebih gembira.

Katanya, dia bebas bergandingan dengan siapa sahaja tanpa meminta izin daripada pihak berkenaan bagi menjaga hati.

“Gembira, ya sangat gembira sekarang. Saya inginkan masa untuk diri saya sendiri. Tiada apa yang ingin difikirkan hanya kerja dan menyibukkan diri.

“Saya juga tidak perlu minta kebenaran untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zul Ariffin , Zahirah MacWilson
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan