Ada sebab Sheira kongsi gambar wajahnya kurang cantik - Berita Hiburan | mStar

Ada sebab Sheira kongsi gambar wajahnya kurang cantik

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2018 6:00 AM

Shiera tidak kisah memuat naik foto wajahnya tanpa solekan.

(Ubah saiz teks)

PENYAMPAI radio Suria FM dan pelakon, Shiera sememangnya tidak gemar untuk memakai solekan jika tiada majlis yang perlu dihadiri.

Shiera 44, berkata dia memuat naik foto wajahnya tidak bersolek di laman sosial kerana tidak mahu ada perasaan riyak dalam dirinya.

"Saya memang dari dulu lagi, siapa yang kenal saya tahu kalau keluar tak akan bersolek dan saya tidak pernah kisah.

"Ini adalah realiti walaupun mungkin menyakitkan mata orang. Saya boleh cantik, saya boleh tak cantik.

Foto perbandingan yang dimuat naik Shiera mendapat perhatian netizen.

"Tapi bila kita cantik, perasaan riyak tu berlebihan. Saya saja muat naik foto tersebut sebab nak lupakan diri agar tak riyak," kata Shiera kepada mStar Online.

Pemilik nama Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired memuat naik foto membandingkan wajahnya pada 11 tahun lalu dan kini tanpa solekan di Instagramnya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya terhibur dengan foto serta kapsyen tersebut yang mengatakan dia tidak kisah membuka aibnya sendiri.

"Sebelum dan selepas. Selalunya majalah yang akan buat begini pada kita. Aku buka aib sendiri.

"Selepas 11 tahun. Kenapa? Tak boleh ke. Faham. Orang suka tengok benda cantik saja ya," tulis Shiera.

Antara komen pengikutnya di laman sosial.

Malah, ada juga segelintir netizen yang memuji keberanian Shiera memuat naik foto wajahnya tanpa solekan.

Menurut pelakon drama bersiri Coffee Prince ini, dia tidak minta dipuji namun hanya memaparkan perkara benar.

"Ini adalah realiti kehidupan. Semua orang nak tunjuk yang terbaik tapi bila kita buat tak baik, orang hanya nampak yang itu sahaja.

"Kebanyakkan orang was-was dan 10 kali padam gambar kalau tak cantik sebab takut orang komen. Sebab itu saya cakap orang nak tengok benda cantik je.

"Saya tak minta dipuji cantik. Lawa atau tidak, baik atau tidak baik, hanya Allah sahaja yang tahu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Shiera
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan