Zahirah MacWilson jawab tuduhan godam IG Zul Ariffin - Berita Hiburan | mStar

Zahirah MacWilson jawab tuduhan godam IG Zul Ariffin

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2018 1:27 PM

Zahirah nafi dakwaan netizen yang mengatakan dia individu yang menggodam Instagram Zul. Foto Instagram: @zahirahmacwilson.

(Ubah saiz teks)

ISU foto alat sulit yang kononnya dimuat naik pelakon sensasi Zul Ariffin masih menjadi bualan hangat di laman sosial Twitter apabila aktres Zahirah MacWilson dituduh menggodam Instagram bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun, Zahirah, 23, berkata dia mempunyai perkara yang lebih baik untuk diuruskan daripada melakukan kerja tidak berfaedah itu.

"Saya ada perkara yang lebih baik untuk dibuat. Terima kasih," kata Zahirah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Foto alat sulit siapa dikongsi Zul Ariffin?

Netizen dakwa Zahirah godam Instagram Zul.

Zahirah menjelaskan perkara tersebut bagi membalas salah satu Tweet netizen yang mengatakan aktres tersebut adalah orang yang menggodam Instagram Zul.

"Lol (laugh out loud) bekas teman wanita kot yang hack (godam)," tulis netizen.

Baru-baru ini, heboh tentang foto lucah yang kononnya dimuat naik Zul di Instagramnya pada Jumaat malam.

Rata-rata netizen terkejut dan tidak percaya perkara memalukan itu dilakukan oleh aktor J Revolusi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya cium jenazah ibunya, Zul tak patut cakap begitu"- Zahirah

Zahirah Macwilson.

Bagaimanapun, Zul menafikan perkara tersebut dan memberitahu akaun Instagramnya telah digodam.

Dalam pada itu, ada seorang netizen turut membalas komen Zahirah dengan mengaitkan semula isu punca perpisahan pasangan itu.

Namun, Zahirah mempersoalkan semula kenyataan individu tersebut yang menuduhnya tanpa menunjukan sebarang bukti

"Ada ke selfie? Awak ada dekat sana?," kata Zahirah.

Zahirah minta bukti dakwaan individu itu terhadapnya.

Malahan, pengikutnya di laman sosial menasihati anak kepada pelakon Zainol MacWilson itu tidak perlu melayan komen yang negatif.

Sebelum ini, Zul memberitahu punca hubungan mereka putus disebabkan dia kesal dengan sikap Zahirah berswafoto berdekatan jenazah ibunya.

Pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu itu tampil menafikan tuduhan tersebut dan tidak faham dengan tindakan Zul yang seakan mahu memburukkannya.

Tags / Kata Kunci: Zahirah Macwilson , Zul Ariffin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan