Selepas tersebar gosip dilamun cinta, Aizat buat keputusan ini! - Berita Hiburan | mStar

Selepas tersebar gosip dilamun cinta, Aizat buat keputusan ini!

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2018 7:19 AM

Aizat Amdan enggan lagi bercakap hal peribadi. - Foto: Shaari Che Mat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aizat Amdan mengambil keputusan untuk berhenti mengulas lebih lanjut mengenai kehidupan peribadinya.

Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 29, berkata dia enggan berkongsi cerita mengenai perkara melibatkan jodoh yang belum pasti.

“Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berhenti menjawab atau bercerita lagi tentang kehidupan peribadi.

“Harap sangat semua pihak memahami dengan keputusan saya ini. Saya tak nak bercakap soal jodoh yang kita sendiri tak tahu apa kesudahannya lagi.

Aizat (kanan) bersama Pengarah Urusan Warner Music, Darren Choy ketika pelancaran lagunya.

“Insya-Allah saya akan kongsi perkara tersebut bila sudah tiba masanya,” kata Aizat kepada mStar Online.

Aizat ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharunya, Sampai Ke Hari Tua versi original dan dalam bahasa Hindi di Stalker Cafe, di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, penyanyi lagu Jangan Menangis ini dikatakan sedang dilamun cinta namun merahsiakan identiti gadis tersebut.

Dalam pada itu, Aizat meluahkan rasa teruja apabila dapat menyanyikan lagunya dalam versi bahasa lain.

Lagu terbaharu Aizat yang ditukar lirik kepada bahasa Hindi itu dibantu oleh jururawat lelaki yang boleh berbahasa berkenaan ketika menjaga ayahnya di rumah kerana sakit akibat mengalami strok sebelah badan.

“Memang dari dulu lagi saya simpan impian nak ada lagu versi bahasa lain. Ayah saya juga selalu minta saya buat lagu selain bahasa Melayu dan Inggeris.

“Alhamdulillah, dengan bantuan daripada jururawat lelaki yang menjaga ayah saya iaitu Jasim, saya dapat menukarkan lirik lagu Sampai Ke Hari Tua kepada bahasa Hindi.

“Dia yang tolong saya mencantikkan lagi makna lirik itu dalam bahasa tersebut. Saya hanya mengambil masa tiga hari untuk hafal,” ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Aizat Amdan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan