“Dah lama minat... bukan nak tiru sesiapa” - Wany Hasrita - Berita Hiburan | mStar

“Dah lama minat... bukan nak tiru sesiapa” - Wany Hasrita

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2018 6:10 AM

Wany Hasrita tampil dengan lagu irama tradisional berjudul Ewah-Ewah. Foto NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Wany Hasrita berkata kemunculan single terbaharunya, Ewah Ewah yang mengangkat irama tradisional bukan bertujuan untuk meniru sesiapa.

Sebaliknya kata Wany, keputusannya tampil dengan lagu tersebut kerana minatnya terhadap genre itu selain ingin mengangkat kembali zaman kegemilangan lagu tradisional dalam kalangan pendengar.

"Saya sejak dari dahulu lagi gemarkan lagu-lagu berentak tradisional dan memang menjadi impian saya sekurang-kurangnya dapat menghasilkan sebuah lagu dari genre itu.

"Tidak terlintas di hati saya untuk meniru sesiapa sebaliknya ingin mengembalikan zaman kegemilangan irama Malaysia dalam kalangan pendengar muzik," katanya.

Wany gembira dapat merakamkan lagu ciptaan Pak Ngah.

Tambah Wany, dia juga bakal melancarkan album mini irama tradisional berjudul Rindu tidak lama lagi.

Ewah-Ewah yang digubah oleh Pak Ngah dan lirik daripada Siso sehingga kini mendapat 2.3 juta tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan sebulan lalu.

Dalam pada itu, Wany berkata, peluang merakamkan lagu ciptaan Pak Ngah atau Suhaimi Mohd Zain disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan.

Dedah Wany, sebelum ini dia ada meluahkan hasrat itu kepada syarikat rakamannya, FMC Music dan tidak menyangka permintaannya itu ditunaikan.

"Sebelum ini saya pernah cakap kepada syarikat rakaman sekurang-kurangnya saya mahu satu lagu daripada Pak Ngah dan Alhamdulillah FMC tunaikan hasrat saya.

Wany tampil dengan produknya tersendiri iaitu Jellyta by Wany Hasrita.

"Malah saya turut merakamkan sebuah lagu raya ciptaan Pak Ngah yang akan dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya.

Sementara itu, Wany berkata, dia juga tidak menyangka lagu Ewah-Ewah turut mendapat perhatian ratu lagu tradisional, Noraniza Idris yang memuji tindakannya yang mengangkat irama Malaysia.

"Kak Noraniza sangat positif dan kebetulan beliau juga aktif dalam membuat kempen #saveiramamalaysia sebagai irama jati diri rakyat Malaysia.

"Sedikit sebanyak dapat juga saya sumbangkan sesuatu dengan terhasilnya Ewah-Ewah dan Alhamduilillah lagu ini pun diterima baik pendengar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Wany Hasrita
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan