Pengurus dituduh jadi dalangnya, Che Ta pula ‘serang’ Kak Zai - Berita Hiburan | mStar

Pengurus dituduh jadi dalangnya, Che Ta pula ‘serang’ Kak Zai

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2018 7:35 AM

Rozita meluahkan rasa marah di Instgaram miliknya malam Khamis.

(Ubah saiz teks)

KONTROVERSI kenyataan pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain turus menjadi perhatian apabila pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta pula memuat naik status mengecam wanita tersebut.

Rozita, 45, meluahkan rasa kurang senang apabila Zaihani atau Kak Zai membuat tuduhan bahawa pengurusnya menjadi punca dan penyebar status yang dimuat naik di laman sosial peribadi pengkritik itu.

“Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulisnya di Instagram malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan niat saya untuk menghina tapi…” – Kak Zai

Rozita turut memuat naik paparan skrin dipercayai milik Zaihani yang mendakwa pengurus pelakon Kiah Pekasam itu adalah individu yang mula menyebarkan kenyataan tersebut.

Status dimuat naik Rozita.

Menerusi paparan skrin itu juga, Zaihani meminta rakan-rakannya tidak membenarkan pengurus Rozita daripada membuat pinjaman baju untuk artis-artis di bawah pengurusan LOL Entertainment.

“Yang memulakan itu adalah pengurus artis. To be precise, manager Che Ta. Please ban him if he ever comes to you or any stylists nak pinjam baju untuk artis LOL,” tulis Zaihani kepada salah seorang pengikutnya.

Pada Sabtu lalu, kenyataan Zaihani di laman sosial peribadinya telah menimbulkan kemarahan netizen apabila dia mengkritik individu berbadan besar.

"Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” tulisnya.

Rozita bersama suaminya, Zain Saidin.

Sementara itu, pengurus Rozita iaitu Afiq berkata, banyak lagi pereka fesyen yang mahu menaja baju untuk dipakai pelakon dan artis-artis lain di bawah syarikat pengurusannya.

Katanya, hasutan yang dibuat oleh pengkritik itu dianggap bodoh dan merugikan kerana artis mampu mempromosi baju rekaan mereka secara percuma.

“InsyaAllah ramai lagi pereka fesyen yang boleh taja, siapa yang ikut hasutan dia bodoh la orang itu sebab dia (Zaihani) tidak boleh pakai dan promosi baju anda pun.

“Rezeki datang dari Tuhan dan InsyaAllah ada juga pereka fesyen yang akan taja. Kita memerlukan satu sama lain, saya tolong mereka, mereka tolong saya,” katanya.

Dalam satu kenyataan Zaihani memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dan menjelaskan dia tiada niat untuk mengeluarkan kenyataan menghina mengenai bentuk badan seseorang, sebaliknya ia sekadar luahan berdasarkan pengalaman yang dialaminya baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Kak Zai , Rozita Che Wan , Zaihani Mohd Zain
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan