Anak dituduh duduk atas kucing sampai mati, patutlah Rita Rudaini bengang - Berita Hiburan | mStar

Anak dituduh duduk atas kucing sampai mati, patutlah Rita Rudaini bengang

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2018 2:41 PM

Rita Rudaini berang nama dikaitkan dalam penipuan jual beli kucing.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Rita Rudaini berang tindakan seorang wanita yang tidak bertanggung jawab mengaitkan namanya dalam penipuan jual beli kucing.

Rita, 42, mengakui pernah membeli kucing daripada wanita berkenaan tahun lalu menerusi urus niaga di laman web, namun ditipu apabila kucing yang dijanjikan tidak sama seperti yang dijanjikan.

"Tahun lepas saya tengah cari kucing untuk anak-anak, tengok di Mudah.my ada minah ini iklan jual anak kucing.

"Kita pun deal dan dia cakap kucing dalam gambar itu boleh hantar sekarang, masa itu dalam pukul 8 malam, lepas tu tunggu punya tunggu lama gila dan dia cakap hantar esok sahaja sebab dah lewat anak-anak nak sekolah esok.

Status yang dimuat naik Rita pada Khamis.

"Esok dia hantar anak kucing lain dari dalam gambar, kotor dan jalan pun terketar-ketar. Dia cakap dah jual tinggal yang itu sahaja," tulisnya di Instagram pada Khamis.

Rita berkata, kucing yang diberikan itu bukan sahaja dalam keadaan kotor, malah menghidapi penyakit dan tidak mampu untuk hidup lama.

Katanya, seorang rakannya cuba menghubungi wanita berkenaan untuk menukar kucing lain atau mendapatkan kembali wang, namun sehingga sekarang tiada jawapan.

Pelakon filem Mami Junior ini menambah, lebih menaikkan kemarahannya apabila dia menerima mesej daripada peminat yang bertanya tentang wanita berkenaan.

Peminat tersebut mahu mendapatkan kesahihan adakah benar Rita pernah membeli kucing daripada wanita itu selain si penipu turut membuat tuduhan kucing tersebut mati kerana anak-anak Rita sendiri.

Rita bersama dua anaknya yang meminati kucing.

"Cerita terbaru, ada seorang hamba Allah mesej peribadi saya dan bertanya betulkan saya pernah membeli kucing daripada wanita berkenaan.

"Minah ini gunakan nama saya dan dia cakap dia dulu jual kucing pada saya tapi mati sebab anak-anak saya duduk atas kucing itu. Malah kucing yang dijual kepada hamba Allah ini juga tidak sihat macam yang saya dapat," ujarnya.

Tambah Rita, wanita berkenaan turut menggunakan nama berbeza dalam urusan jual beli berkenaan.

Dia menyarankan wanita tersebut berhenti melakukan perniagaan itu dan meminta orang ramai berhati-hati dengan penipuan tersebut.

"Dekat orang lain cakap nama dia Siti, dekat saya nama Ros, entah apa lagi nama dia, lebih baik berhenti buat kerja macam ni," tegur Rita.

Tags / Kata Kunci: Rita Rudaini
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan