Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan - Berita Hiburan | mStar

Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2018 4:10 PM

KRU dianggotai oleh Edry (dari kiri), Norman dan Yusry akhirnya membuat keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka selepas 25 tahun. Foto: LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan popular KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini.

Ketua kumpulan itu, Norman berkata, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

"Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

Norman (tengah) tidak dapat menahan sebak mengumumkan pembubaran KRU. FOTO: LOW LAY PHON

"Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersamaa Joe Flizzow merupakan single terakhir kami," ujarnya.

Beliau ditemui pada sidang media konsert Gergasi KRU25 yang diadakan di Impiana KLCC pada Rabu.

Konsert berkenaan bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Norman yang menitiskan air mata pada pengumuman itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun.

Bagaimanapun, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Tiga beradik sepakat bubarkan KRU.

"Saya memgucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air," ujarnya.

Sementara itu, Edry berkata, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.

"Ini keputusan semula jadi yang semamngnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: KRU
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan