Bimbang kulit gelap, Yuna elak terkena cahaya matahari - Berita Hiburan | mStar

Bimbang kulit gelap, Yuna elak terkena cahaya matahari

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2018 1:21 PM

Yuna pernah berasa tidak yakin dengan warna kulitnya. Foto Instagram: @yunamusic.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Yuna mendedahkan dia pernah mengelak daripada terkena cahaya matahari supaya kulitnya tidak terdedah dan menjadi lebih gelap.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 33, berkata dia melakukan sebegitu disebabkan berasa tidak yakin dengan warna kulitnya yang gelap.

"Saya membesar di Malaysia sentiasa sedar diri mengenai kulit saya sebab sewaktu kecil, saya kelihatan gelap (saya bermain sukan di bawah matahari!).

Kapsyen yang dimuat naik Yuna di laman sosialnya mendapat perhatian netizen.

"Kanak-kanak perempuan di sekeliling saya hanya mahu ada kulit yang lebih cantik dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan kulit seperti itu.

"Walaupun pada awal kemunculan semula saya dalam industri hiburan, ketika tampil menjadi penghias wajah majalah, ramai orang kata kulit saya tak cukup cerah untuk jadi artis.

"Saya akui, saya percaya kata-kata mereka dan mengelak daripada terkena cahaya matahari, jadi saya tidak terlalu gelap," kata Yuna.

Yuna membuat pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya dah mendapat perhatian pengikutnya.

Antara kata-kata positif yang memenuhi ruang komen tersebut.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Crush itu kini menyedari setiap warna kulit itu cantik dan berasa bangga dengan kulitnya yang sawo-matang.

"Sekarang saya sedar dan bangga dengan kulit saya yang sawo-matang. Harap semua gadis-gadis di luar sana berbangga dengan warna kulit mereka juga. Setiap warna kulit itu cantik," katanya.

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dan meminta penyanyi wanita itu tidak perlu ambil pusing dengan kata-kata negatif.

Malah, mereka juga beranggapan warna kulit Yuna yang gelap itu sangat cantik dan unik.

Tags / Kata Kunci: Yuna
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan