"Saya cium jenazah ibunya, Zul tak patut cakap begitu"- Zahirah - Berita Hiburan | mStar

"Saya cium jenazah ibunya, Zul tak patut cakap begitu"- Zahirah

Diterbitkan: Ahad, 15 April 2018 6:30 AM

Hubungan Zul dan Zahirah sudah berakhir.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zahirah MacWilson berkata dia bukan seorang yang bodoh untuk berswafoto berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin seperti didakwa aktor itu.

Zahirah, 23, berkata, dia turut bersedih dengan pemergian insan kesayangan pelakon J Revolusi itu.

"Saya tidak bodoh untuk buat begitu. Saya juga menangis dan mencium jenazah ibunya jadi dia tidak patut bercakap seperti itu kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Ahad.

Cinta pasangan ini akhirnya terlerai.

Bagaimanapun, Zahirah percaya pengakhiran hubungan cintanya itu mempunyai hikmah tersendiri. 

Tambahnya semua yang berlaku adalah rancangan yang sudah diatur oleh Allah SWT. 

“Pasti ada sebab di sebalik setiap apa yang berlaku. Saya percaya dengan rancangan Tuhan,” ujarnya kepada mStar Online. 

Zahirah mengulas tentang berita hubungan cinta yang dibina bersama pelakon drama Titian Cinta berakhir. 

Zul menerusi sebuah portal berita mendedahkan perpisahan terjadi lebih sebulan lalu. 

Tambahnya, salah satu punca dia membuat keputusan itu disebabkan kelakuan Zahirah berswafoto (selfie) berhampiran jenazah Allahyarham ibunya dianggap tidak sopan. 

Ibu Zul iaitu Allahyarham Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017.

Zul berkata, perkara itu membuatkan dia tawar hati dan enggan menerima wanita itu sebagai seorang isteri. 

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Instagram Zahirah menganggap Tuhan lebih mengetahui perkara sebenar. 

Katanya, dia tidak tahu motif disebalik kenyataan yang diberikan pelakon J Revolusi itu. 

“Tak apa Tuhan ada, InsyaAllah. Apa pun motif disebalik kenyataan yang diberikan itu, saya teringin untuk melihat selfie tersebut”, katanya. 

Sementara itu, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan menganggap aktor berkenaan tidak sepatutnya memburuk-burukkan bekas kekasihnya itu.


Tags / Kata Kunci: Zul Ariffin , Zahirah MacWilson
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan