“Lelaki pula... jangan nak macam-macam!” Shima Anuar nyaris batal kahwin - Berita Hiburan | mStar

“Lelaki pula... jangan nak macam-macam!” Shima Anuar nyaris batal kahwin

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2018 11:34 AM

Disebabkan terlalu mengikut perasaan, Shima hampir membatalkan perkahwinannya. Foto Instagram: @shimaanuar.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Shima Anuar mendedahkan dia nyaris membatalkan perkahwinan dengan suaminya iaitu Mohd Solih Toha dalam beberapa minggu sebelum majlis berlangsung.

Shima, 27, berkata ketika itu dia juga sudah memulangkan wang hantaran disebabkan terlalu mengikut perasaannya.

"Cerita sebenar. Beberapa minggu sebelum nak kahwin tahun lepas apabila dengar lagu ini rasa sedih sangat. Kenapa? I nyaris-nyaris batalkan perkahwinan.

"Ya! Sampai dah pulangkan duit hantaran. Punyalah keras hati ini. (Kadang-kadang perangai ini memang gengster sikit. Awak kena berjaga-jaga Solih).

Shima berkongsi cerita sebenar sebelum majlis perkahwinannya.

"Ya Allah. Perasaan ketika itu tak tahu la nak cakap macam mana. Bayangkan kalau tak jadi kahwin? Okey, tak kelakar," kata Shima.

Shima berkongsi cerita sebenar di sebalik perkahwinannya menerusi laman Instagram berserta memuat naik video majlis pernikahan.

Tambah Shima lagi, dia menyendiri untuk memikirkan semula kasih sayang, perasaan cinta dan usaha untuk hubungan mereka.

Akhirnya, pelakon filem Highland Tower ini mengambil keputusan untuk melupakan perkara yang sudah berlalu dan meneruskan perkahwinannya.

Shima dan suami serta anak mereka menyambut ulang tahun pertama perkahwinan.

"Selepas itu duduk diam-diam seorang diri, fikir semula semua benda. Fikir balik semua kasih, sayang, cinta dan usaha.

"Lupakan benda lepas yang tak seronok itu. Buang ego. Selepas itu barulah I okey. I menangis bila mesej kakak, 'Angah aku jadi kahwin. Aku tengah menangis ini'."

"Sepatutnya hotel semua dah batal. Bila teringat balik, menakutkan wey. Sumpah takut! Tapi itulah kalau dah jodoh tak kemana," ujarnya.

Dalam pada itu, Shima turut memberi nasihat kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga terutama wanita supaya mengawal emosi biarpun berhadapan dengan dugaan.

Shima dan suami, Mohd Solih.

"Benda-benda macam itu buat kita buka mata, belajar banyak benda, ubah sikap kita. Alhamdulillah setahun dah. Dapat dah seketul si kenit Sophia tu.

"Jadi, sesiapa yang dah dekat nak kahwin itu, kawal emosi anda. Lagi-lagi perempuan, kalau tengah datang bulan, jangan kau nak emo sangat. Dugaan memang banyak.

"Lelaki pula, dah tahu nak kahwin, jangan nak macam-macam. Sebenarnya memang penat dan tekanan sikit bila nak kahwin. Banyak-banyak bersabar, okey!. P/s saya sayang awak coleh (Solih)," katanya.

Shima berkahwin dengan ahli perniagaan itu pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang puteri bernama Marian Sophia  pada 12 Disember tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Shima Anuar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan