“Dulu pemalu, sekarang dah tak malu sangat” - Siti Nordiana - Berita Hiburan | mStar

“Dulu pemalu, sekarang dah tak malu sangat” - Siti Nordiana

Diterbitkan: Sabtu, 7 April 2018 6:15 AM

Nana kini lebih berani membuat perubahan dari segi penampilannya. Foto: LOW BOON TAT.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Siti Nordiana mengakui dia kini lebih berani untuk mengubah cara penampilannya berbanding dahulu.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, 34, berkata perubahan tersebut perlu kearah kebaikkan dan masih menutup auratnya.

"Saya berani saja nak ubah penampilan. Dulu saya pemalu dan sekarang dah tak rasa malu sangat. Tak ada masalah untuk berfesyen.

"Saya tak boleh pakai tudung singkat tetapi kalau tudung tu melepasi dada, saya tiada masalah. Kalau nak mengubah fesyen untuk kebaikkan itu tak ada masalah," kata Nana kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana Dilamar Suami Orang, Lancar ‘Hatiku Milikmu’


Nana masih menjaga auratnya.

Sebelum ini, Nana pernah tertekan apabila imej dan cara pemakaiannya sering dijadikan bahan kritikan masyarakat sejak bergelar penyanyi sekitar tahun 1999.

Bercerita mengenai lagu terbaharunya berjudul Hatiku Milikmu, Nana mengambil inspirasi menerusi lagu-lagu penyanyi berasal dari Jepun, Mirae Kiroro.

"Sebenarnya saya suka lagu-lagu Mirae Kiroro. Kalau dengar muzik saya, lagu yang sedih tapi muzik rancak.

"Tak semestinya lagu sedih kena muzik mendayu-dayu. Insya-allah tahun depan mungkin saya akan tampil dengan lagu yang lain sikit," ujarnya.

Muzik video yang dimuat naik pada Isnin lalu kini menjadi trending di Youtube.

Dalam pada itu, Nana berasa gementar dengan penerimaan orang ramai terhadap lagu terbaharunya.

"Gementar juga sebab bila kita dah ada satu lagu 'hit' dan lagu seterusnya memang pening sikit la.

"Sama ada jadi atau tidak, kita tak cuba kita tak tahu. Tidak dinafikan memang ada tekanan juga tapi bukan saya sahaja. Rasa-rasanya semua penyanyi pun sama," katanya.

Muzik video arahan produksi Storytellers itu sudah mendapat tontonan hampir 300,000 sejak dimuat naik pada Isnin lalu.

Tags / Kata Kunci: Siti Nordiana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan