“Apa motif Fathia petik nama individu tu?” - Sufian - Berita Hiburan | mStar

“Apa motif Fathia petik nama individu tu?” - Sufian

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2018 6:30 AM

Sufian Suhaimi akan membuat persembahan pertamanya di Istana Budaya pada Mei depan. FOTO: Syazana Shukur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sufian Suhaimi enggan memanjangkan isu mengenai pelakon Fathia Latiff yang menukar lirik lagunya, Di Matamu dengan mengaitkan nama bekas tunangnya, Elfira Loy.

Sufian, 26, berkata dia tidak tahu apa tujuan dan niat sebenar tindakan aktres tersebut namun berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Niat Ambil Kesempatan Putus Tunang Mereka - Fathia

“Saya ada tengok muzik video lagu balas Di Matamu nyanyian semula Fathia yang dah diubah lirik.

“Bagi saya, tak ada masalah untuk dia nak ubah lirik lagu tersebut. Tapi apa motif dan niat dia 'memetik' (mengaitkan) nama individu tersebut, saya tak tahu.

“Tak ada isu pun bab itu. Tapi saya berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadi saya,” kata Sufian kepada mStar Online.

Sufian ditemui ketika sidang media Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competition 2018 di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, di sini pada Khamis.

Fathia Latiff

Penyanyi itu diminta mengulas mengenai tindakan Fathia yang mengaitkan nama bekas tunan Sufian iaitu Elfira di laman Twitter miliknya pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun Fathia dalam reaksinya kepada mStar Online pada Isnin lalu memberitahu dia tiada niat hendak mengambil kesempatan atas kisah putus tunang pasangan berkenaan.

Dalam perkembangan lain penyanyi yang mula popular menerusi lagi Terakhir ini meluahkan rasa teruja bakal membuat persembahan pertama di Istana Budaya.

“Sejujurnya memang saya agak gementar sebab ini kali pertama dapat beraksi di Istana Budaya. Walaupun bukan di pentas yang besar tapi ia cukup bermakna bagi saya seorang penyanyi.

“Saya baru dua tahun dalam industri tapi dapat berpeluang untuk membuat persembahan di lokasi yang berprestij ini.

Sufian Suhaimi (dua dari kiri) dan mereka yang terlibat dalam persembahan sempena Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competitions 2018. Turut kelihatan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani (tengah). Foto: Syazana Syukur.

“Insya-Allah saya akan tampil dengan sesuatu persembahan yang berbeza pada malam itu nanti,” ujarnya.

Selain Sufian, malam separuh akhir Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competitions 2018 (MFPSDC2018) ini bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada Syamel, Erni Zakri dan As’ad Motawh.

Pertandingan yang berkonsepkan keindahan dan kreativiti tarian joget serta zapin itu akan diadakan pada 8 Mei hingga 12 Mei depan.

Tiket berharga RM25 (sesi saringan), RM35 dan RM60 (separuh akhir) dan RM40, RM80 dan RM100 (akhir) akan dijual pada 17 April ini. 

Sebarang maklumat akan dikemaskini menerusi Facebook dan Instagram rasmi Istana Budaya.

Tags / Kata Kunci: Sufian Suhaimi , Elfira Loy , Fathia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan