Nur Risteena Tak ‘Hadap’ Kontroversi - Berita Hiburan | mStar

Nur Risteena Tak ‘Hadap’ Kontroversi

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2018 6:00 AM

Risteena enggan dikenali dengan kontroversi. Foto: CHAN TAK KONG.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Nur Risteena enggan mencipta sesuatu kontroversi semata-mata untuk menaikkan namanya dalam industri.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 29, berkata dia lebih selesa merendah diri daripada orang mengenalinya tanpa bakat.

"Ada beberapa pihak yang minta saya cipta kontroversi sebab nama saya dah ada dalam industri ini.

"Orang tahu saya ada cuma tidak ramai yang kenali mungkin sebab tak ada gosip apa-apa. Bagi saya, kenapa perlu cipta sesuatu untuk naikkan nama saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka Tahun 2020 Dalam Diri Risteena

Risteena lebih selesa merendah diri.

"Saya lebih suka merendah diri seperti sekarang. Biarlah orang tak berapa kenal saya tapi yang penting rezeki tawaran berlakon tu masih ada," kata Risteena kepada mStar Online.

Tambah Risteena, dia akui ada segelintir pihak yang menganggap dia sudah tidak lagi berlakon.

Menurut kakak kepada pelakon Ruhainies ini, dia bukan menghilang namun sibuk menjalani penggambaran beberapa buah filem.

Risteena bakal muncul dalam filem Qhaliq.

"Sebelum ini ada juga yang bertanya mana saya menghilang dah lama tak nampak berlakon drama TV.

"Sebenarnya saya tak hilang cuma saya jalani penggambaran untuk filem yang mengambil masa yang lama.

"Saya masih ada dan tahun ini ada tiga filem lakonan saya berada di pawagam," ujarnya.

Terbaru, Risteena muncul dengan filem Hantu Wangan bergandingan dengan pelawak Achey Bocey dan manakala filem Qhaliq lakonannya bakal temui peminat pada 5 April ini.

Tags / Kata Kunci: Risteena
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan